Masalah otot ? Aku ke MyPhysio & Rehab untuk betulkan kembali !

by - Disember 28, 2020


Kali terakhir aku buat fisio , bulan 10 ari tu. Selepas tu memang aku hentam abis la kat gym. Seperti kereta, badan kita ni kena juga 'hantar' gi servis ! Haa.. servis ni ada macam macam.. Terpulang pada korang sendiri la. Cam aku, aku dah cuba macam macam dan badan aku serasi dengan fisioterapi. Hehehe.. Aku buat deep massage terus. Huhuh..

Kali ni, aku mencuba MyPhysio & Rehab di Kota Warisan. Saja nak try yang baru. Mana tau ada ilmu ilmu baru yang boleh aku kaut untuk diri sendiri.. Kan kan ? Sport massage dan urutan tradisional , macam tak beri kepuasan pada aku. Tu belum lagi spa massage.. hehe.. buat lena boleh la.. Aku nak rasa sakit tu di sini ! Hahaha.. Memang sakit la.. 

Buat appoitment melalui whatsapp terus. Mula mula aku dm je di Instagram mereka. Dan tak lama kemudian, mereka balas. Tu yang bersambung ke whatsapp. Mudah la deal ngan mereka. Tak de cerita panjang. 

Sampai masa.. yakni , hari ni. Aku ke sana. Sehari sebelum , aku diberi message ingatan. Aku pun terlupa sebenarnya bila. Hahaha.. Maklumlah, tukar phone. Semua message whatsapp hilang. Terlupa buat backup giteww... 

Ok.. hampir dua jam rawatan aku. Aku mintak dia fokus pada bahagian lower body aku. Maklumlah , aku pernah bermasalah dengan lutut dan pinggang. Huhu.. Dia check.. dia mintak aku buat beberapa gerakan. Kemudian dia uruskan segalanya. Dan kita juga perlu bagitau dia di mana sakit kita tu. Kalau tak , memang payah gak. la.. Physioterapist tu bukan ahli nujum boleh tau kat mana sakit kita tu.. 

Kali ni badan aku dicucuk dengan jarum. Melompat otot aku ! Hahahah.. Terasa getarannya ! Beberapa saat kemudian dicabut.  Terasa lega otot yang tegang tu. Katanya di situ tersumbat. Perlu dilepaskan dengan cara guna jarum tu. Huhuh.. Aku tak nak la cerita lebih. Kang korang takut nak datang lak. Hahaha.. Bukan apaaaa... ada badan sado yang datang pun menjerit ! Tapi berbaloi la.. Hahaha... 

Selesai treatment. Terasa ringan sungguh la badan. Tapi tak selesai lagi. Bahagian lengan aku tak sempat nak buat. Mereka ada appoiment lain. Dah menunggu pun ! Huhuhu.. Aku kena booking slot lain minggu ni. Nak tak nak , kena buat gak lengan aku ni. Maklumlah , nak guna lagi gitu. 

Bayaran satu sessi.. RM150. Kalau amik pakej , murah lagi.. Heee.. Nasihat aku, kalau korang kerap guna badan tu.. seperti bersukan dengan kerap atau jenis mudah stress.. cuba gi buat fisio. Release muscle tuu... Memang hilang stress weh ! Hahaha.. Oh ya, kalau korang ada masalah lutut , back pain , stroke atau nak buat sport massage pun boleh gak kat sini. 

Dan aku.. nampak gayanya.. dua bulan sekali kot kena gi buat.. Huhuh.. Badan nak pakai lama woo..

Instagram : My Physio & Rehab

You May Also Like

2 comments

  1. kalau ada kat Johor kan best,boleh maq try.

    BalasPadam
  2. bagus ni untuk orang yang kuat bersukan. saya selalu bersukan, selalu sakit-sakit otot dan sakit badan

    BalasPadam