Pada siapa nak aku wasiatkan harta harta ini ?

by - Disember 08, 2020


Termenung. Baru abis workout. Teringat perbualan dengan seorang rakan di gym mengenai masa hadapan ketua keluarga. Aku la tuuu.. Ada betul kata kata dia. Jika aku amik endah tak endah... kononnya aku akan hidup hingga anak anak dah besar.. dah berkeluarga , entah panjang umur entah tidak , amatlah bahaya ! 

Bukan apa.. kita nampak banyak kes kebelakangan ni melibatkan harta pusaka yang panjang ceritanya. Bergaduh dengan ahli keluarga. Putus sudah kasih sayang ! Jika melibatkan isteri dengan anak anak kecil, camana pulak ?? Sian diorang terutama sang isteri yang sama sama bertungkus lumus mengumpulkan harta bersama demi masa depan anak anak tersayang ! Haish... 


Walaupun harta aku ni tak la banyak mana pun tapi adalah penting juga sebab nanti ada yang pertikaikan ! Nah.. kat sini nanti jadi isu panas.

Pertelingkahan pembahagian harta pusaka dalam keluarga sehingga memutuskan ikatan silaturahim boleh dielak jika pemilik harta merancang pewarisan demi kelangsungan hidup waris-waris di masa hadapan.. kan ? 

Maka , adalah sangat penting buat kita membuat perancangan pewarisan kerana kaum wanita khususnya sering meletakkan tanggungjawab itu kepada lelaki dengan alasan mereka adalah ketua keluarga dan pembuat keputusan. Ini sangatlah tidak betul dan tepat. Masing masing kena mainkan peranan agar masalah tidak timbul di kemudian hari. 

Semua ni untuk elakkan segala kemungkinan yang boleh berlaku, terutama membabitkan pengagihan harta pusaka yang ditinggalkan yang boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan yang asalnya baik menjadi kurang baik. 

Antara perancangan aku ialah dengan pengambilan hibah takaful. Nah, di situ ada dah bahagian untuk si isteri. Mungkin bila aku takda nanti , boleh la dia gunakan untuk kelangsungan kehidupan dia dan juga anak anak.  

Dan perlu tahu juga , aku punya blog yang menjana pendapatan yang bukan sedikit ! Haa... malas nak cerita pasal duit dalam ni ! Hahahaha.. tapi lepas la nak bayar hutang piutang bulanan tu ! Duit gak tu. Mana tau ada yang nak beli ? Haaa... masyuk ! Hahahaa.. Jangan main main wooo.. Ada jenama. Branding ada haa.. Kan kan ? 

Harta harta lain ? Walaupun atas nama dia , tapi nama aku tetap ada di situ. Part ni aku dan dia perlukan dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang bertauliah. Siapa ? Memandangkan aku tinggal di negeri Selangor , maka sebaiknya aku ke Majlis Agama Islam untuk dapatkan nasihat dan juga khidmat mereka memandangkan menyediakan perkhidmatan WASIAT untuk mereka yang menginginkannya.


SYARAT HARTA YANG DIWASIAT
  • Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
  • Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
  • Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
  • Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.
Jika korang punya harta seperti di atas ni.. maka sila ambil tindakan segera. Jangan tunggu tak boleh nak berjalan , tak boleh nak berfikir dengan baik.. baru sibuk nak buat segalanya. Ingat, semasa sihat inilah kita selesaikan hal dunia yang melibatkan orang lain ! 

Untuk rujukan , sila ke https://www.mais.gov.my/

You May Also Like

14 comments

  1. Tak semua orang berfikiran terbuka dan terbuka hati untuk menguruskan harta yang ada, hibah, faraid atau buat wasiat sebagainya. Yang lazim terjadi adalah selagi hidup abah punya.. mak punya.. anak-anak, adik beradik semua cakap kami tak harap harta, tapi sedihnya baru masuk maghrib hari sama jenazah dikuburkan, masing-masing mengaku ada dan tuntut hak.. ada hak katanya. Selalu orang cakap nak tgok siapa kawan siapa musuh, siapa saudara siapa bukan, macam mana adik beradik tengok kita susah..sebeanrnya bukan itu je..tengok lepas orang terdekat meninggal, warna sebenar muncul.

    BalasPadam
  2. Nice info.. Tq share info nie dengan kami Ben 😊

    BalasPadam
  3. Benar... aku dan Suami baru-baru ada belajar mengenai ni Ben..wasiat sebelum dan selepas kematian.. banyak sebenarnya yang kita tau sehinggakan tiba-tiba bila berlaku sesuatu, semuanya di faraidkan, so waris hanya mendapat apa yang berhak aje, sepatutnya lebih dari itu..
    Hibah tu jika berkemampuan membayar bulan, memang haruslah amik buat bekalan, sebab dia takde mengena dengan faraid..terus ke waris..
    Bab wasiat aje, kena banyak amik tau suapaya tak jadi macam yang banyak kita baca sejak-sejak ni..

    Takutkan...harta boleh jadi putus ikatan darah daging.. thanks for the info Ben..nanti aku share..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... terbaik lah aben...mudah dgn hibbah tuntutan harta jadi lebih mudah xpayah lalui sistem faraid

    BalasPadam
  5. Setuju. Mmg kena wasiat kan harta, tak kisah byk atau sikit

    BalasPadam
  6. Thank you sharing - yahuuuu dah boleh komen.

    BalasPadam
  7. Bab harta dan wasiat ni memang kena ada ilmu dan kena ambik tahu..
    Walaupun harta sepetak tiles. Semua dihisab kannn

    BalasPadam
  8. Soal wasiat ni ramai pandang enteng...

    BalasPadam
  9. betul bab wasiat ini kena tgk betul2..

    BalasPadam
  10. Masih ramai ambil ringan. Depa ingat faraid saja

    BalasPadam
  11. Setuju sangat. Bab2 ni jangan buat main2 . Byk sangat kes kat Malaysia ni berpunca dari harta pusaka yang takde wasiat. Bab gaduh hingga membunuh pon ada .. hanya kerana harta sekangkang kera ..Tq kongsi info..

    BalasPadam
  12. Betul..Penting bab² harta ni..lebih lagi sebagai ketua keluarga..saya dah ambil tindakan awal serta mengambil insuran. Demi keluarga 💖

    BalasPadam
  13. Terima kasih A.Ben share pasal wasiat ni. Kadang tak terfikir pun bab harta ni. Kena tambah ilmu jugak ni. Walaupun ade rumah comel seketol ni je.

    BalasPadam
  14. Betul sangat.. Bab ni bincang dengaj husbnad.. Wlaau tak banyak semua kene ambil kira

    BalasPadam