Risau dengan Covid 19 ? Tak pe.. tempah je makanan melalui Jom Risto ! Berbaloi woooi !

by - Disember 10, 2020

Duit ada ? Nak makan sedap sedap ? Nak makan beramai ramai yang sedap ? Fuh.. nak aku cadangkan sesuatu yang confirm berbaloi baloi ?? Hahahaha.. Aku berani cadangkan sebab aku dah rasa. Korang ada pilihan.. samada nak ke restorannya di Publika atau order online jer.  Kalau di Publika tu , korang boleh terus je ke Postino... makanan Itali yang tidak hidangkan sebarang alkohol. Dimasak oleh chef Melayu Islam yang berpengalaman di Itali dan Dubai. 

Serius.. Perghhh makanan dia ! Hahahaha.. Sesekali kena makan sesuatu yang buat korang kenang sepanjang hayat  ! Hahahaha.. 

Apa yang sedap ? Hahahaha.. aku mampu gelak je la. Kenapa ? Adoi la.. aku kan tengah nak hilangkan lemak lemak perut. Hahaha... Tapi tak pe la.. Bukan selalu kan ? Sesekali makan sedap , apasalahnya. Jangan selalu makan sedap. Tu yang tak betul. Hahahaha..Kan kan ? 

Nah... aku dicadangkan oleh 'orang kuat' Postino beberapa hidangan dan memang padu betul la ! Aku balik rumah , dengan penuh kepuasan. Hahaha.. 

Eh.. haa.. aku makan pizza.. Semua sedap ! Hahaha.. Pastu Nasi Tomato Ayam Masak Merah.. Tak perasan lak ada pari bakar ! Aduh.. Rambang betul mata ! Maklumlah , lama tak keluar rumah. Pastu aku cuba Beef Rendang Fettucine, Creamy Tom Yam Seafood Linguine, Spagetti Daging Gulai Masak Lemak. 

Aku kasi 5 bintang ! Antara makanan sedap pernah aku rasa. Malas nak over claim tapi memang berbaloi la kalau korang nak open table kat opis atau kat rumah tu ! Hahaha.. Tanya kawan kawan yang malas nak keluar makan dan nak makan sesuatu yang lain dari yang lain.. terutama bila dah gaji tu masuk.. hahaha.. 

Kalau di rumah... boleh order pizza untuk anak anak. Huhuh... Yummy ! Aku pun sukaaaa... Hahaha..















Amacam ? Menyelerakan ? Nah...  camana nak order ? Gi je ke web Jom Risto.  Pastu ikut je arahan kat sana. Tengok menu yang korang nak. Tapi sebelum tu tengok dulu kat mana mereka cover untuk penghantaran. Kang tak cover lak.. hahaha.. Sian terliur gitu jer.

Ok... klik kat gambar bawah  untuk terus ke web Jom Risto. Jangan lupa follow Instagram Jom Risto gak yer.. 



SELAMAT MENJAMU SELERA
Jangan lupa war warkan pada rakan korang juga.





 

You May Also Like

12 comments

  1. Hadoiii semua nampak sedap ni. Babai diet laa jawabnya hahaha

    BalasPadam
  2. Awat tu tutup muka? Tu laaa... Segan sebab tak ajak Nina kann? HAhaa
    Aduyai, awat semua menu rare, pastu nampak sedap tuu. Kejam nya dikau!

    BalasPadam
  3. seronoknya tgok budak² tu makan...mesti sedap tu...pizza dia nampak fresh m sedap...lapaq lah pulak..hahaha

    BalasPadam
  4. mendaaaaa wat terliur org ni grrrrrr

    BalasPadam
  5. Alahai tetiba olak jadi lapar niii .. kenapa la semua ni namoak menggda sangat nihhh .. lau dekat2 kita terjah dah ni ..

    BalasPadam
  6. tgk ariz makan, rasa sedap je makanan. nanti ummi nani nak bawa geng afeef la p try kat sana, dah boleh keluar ni.

    BalasPadam
  7. Ada cover area sini. Tapi nak kena makan ramai-ramai dulu baru boleh order. hihihi

    BalasPadam