Selamat Datang 2021 ! Dan Selamat Hari Lahir Isteri ku yang ke..

by - Khamis, Disember 31, 2020


Selamat tinggal 2020. Apa yang kita impikan di ketika Wawasan 2020 dilancarkan , tidak menjadi kenyataan. Tiada kereta terbang. Tiada bangunan pencakar langit yang gah kecuali KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Nasib baik ada Putrajaya tapi tiada internet percuma. Ada pun kena locked. Huhuh.. Ke laut dalam Wawasan 2020. 

Dan Covid 19 menjadi igauan kita setiap hari. Penutup 2020 , menyaksikan kes tertinggi untuk negara kita. Nak kata apa dah ? Nak berPKP sekali lagi , memang akan lingkup negara ! Boleh bikin huru hara. Nak tak nak, kita dah kena terima dan hidup bersama dengan Covid 19.

Moga 2021 memberi sinar harapan penyembuhan buat kita semua. Sama sama kita berdoa pada Allah. Hanya pada Dia saja kita bergantung harap. Dan pada masa yang sama , kita turut kena bertaubat. Insaf. Kita terlalu leka. Terlalu rasa bebas sampaikan anak cucu kita ada yang mula hilang pedoman dan arah hidup. Masing masing rasa seolah dunia ni mereka punya. Menakutkan.. 

Ok la.. Masuk 1.1 setiap tahun, bermakna isteri tercinta pun injak setahun lagi usia. Huhuh.. Walaupun masing masing rasa seperti muda tapi hakikatnya , tidak. Rajin rajin belek rambut di kepala tu. Uban dah mula menonjolkan diri. Bukan masalah makanan atau tak cukup zat mahupun stress.. tapi tanda tanda sudah sudahlah dengan dunia tu ! Huhuh.. Untuk aku juga tu.. Hahaha.. 

Ucapan ? Tu biarlah aku bisik kat telinga dia sendiri. Hahaha.. I is segan u nak tulis jiwang jiwang kat sini. Biarlah dia saja yang mendengarnya.. tu pun masa dia tidur ! Hahaha.. 

Buat rakan rakan yang senantiasa menyokong blog aku ni.. Jutaan terima kasih. Semoga Allah murahkan rezeki korang semua... diberi kesihatan berpanjangan  serta bahagia bersama keluarga tersayang. 

Selamat Tahun Baru 2021. Selamat Hari Lahir Sayang.. Hadiah ? Seperti biasa.. kasih sayang berpanjangan dari daku ini.. Eceh.. hahahaha.. 
 

You May Also Like

1 comments

  1. amboi-amboi...anyway selamat tahun baru dan selamat hari lahir buat isteri

    BalasPadam