Kenapa perlu perlekehkan negara kau sendiri ?

by - Jumaat, Januari 01, 2021

Kes positif Covid 19 setiap hari seperti yoyo. Tinggi rendah, tinggggiiii... rendah pastu naik semula.  Sampaikan aku sendiri pun dah terlupa nak ikuti perkembangan. Dah lali. Reda dengan apa yang berlaku semua ni.  Nak tuding jari . tak berguna sama sekali. Nak tak nak , kena terima dan tiba masa untuk perbaiki segalanya. Segalanya dah berubah sama sekali. 

PKPB di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga 14hb Januari. Sekolah bakal di buka pada 20hb Januari. Apakah ketika tu kes dah menurun ? Aku tak rasa pun. Ditambah lagi dengan minggu ni cuti panjang.. masing masing galak gi sana sini.. balik kampung , bercuti ! Dan pastinya setiap hari mewujudkan kluster kluster positif baru. 


Apa yaang belaku , kita jangan tengok dari sudut negatif ! Kena amik juga dari sudut positif. Nah.. paling utama ialah inilah masanya untuk gunakan kepakaran tenaga muda dalam bidang teknologi. Bagaimana nak memanfaatkan internet untuk mendapatkan pendapatan yang jauh tinggi ! Bukan mustahil pon ! Cuma tak tau cara. Yang tau , mereka sedang membina empayar ! 

New Norm atau Norma Baru.. di negara kita. Bagus la kan ? Nasib ada Covid 19... ! Masing masing menjarakkan diri. Nak bersentuhan pun dah kena pikir panjang. Kalau dulu, lelaki perempuan bersalaman.. berpelukan tanpa hirau orang ramai.. bertepuk tampar.. macam macam lagi la. Korang pun tau camana kan ? Sekarang ni, nak sentuh pun dah takut.. Bagi yang risau dijangkiti la. Yang tak risau tu, sila la buat.. Huhuh.. 

Pemakaian face mask.. Sebelum Covid 19 lagi aku dah suka pakai face mask ni. Kenapa ? Satu.. pencemaran udara. Asap kenderaan... asap industri.. asap rokok , bau kentut.. bau mulut orang.. dan macam macam lagi laaa bau bau yang tak enak.. Sekarang , semua kena pakai ! Dan paling menarik , tidak lagi orang pandang seorang pada gadis gadis yang pakai niqab ! Hahaha.. sekarang semua kena pakai ala ala berniqab



Dan tiba masa untuk perkemaskan lagi sistem pembelajaran pendidikan melalui online dan juga bekerja dari rumah yang mana dulu kita rasa sangatlah mustahil untuk dilakukan. Tapi sekarang ni, ada dah jabatan kerajaan buat sistem bekerja dari rumah ni. Tapi bukan semua la yang boleh. Hanya bahagian bahagian tertentu dan juga mereka yang memerlukannya.  

Belajar dari rumah... sekolah rendah , menengah dan juga IPT. Nah...bagus la kan ? Tuisyen online pun boleh dah buat sekarang ni. Macam yang aku cuba masuk baru baru ni yang dikendalikan oleh FlyHigh Training Centre , sangatlah bagus ! Mak ayah tak perlu dah nak sibuk keluar malam hari untuk hantar anak anak gi kelas fizikal. Buat je secara online. Mak ayah boleh juga tengok dan belajar bersama. Ok la kan ? 

Banyak lagi sebenarnya... cuma kesan dari sudut ekonomi , ramai yang dibuang kerja.. tapi ramai dah bangkit kembali ! Satu tika dulu.. pilot pegang stering kapal terbang.. sekarang dah pegang sudip ! Bukak cafe ! Dah jadi rider ! Masing masing berada di bawah.. nanti bila kembali di atas , mereka akan lebih hargai kehidupan seperti aku satu tika dulu. Sangat sangat bersyukur jatuh terduduk. 

Semalam.. aku tengok ramai puji negara luar yang bebas Covid 19 ni menyambut tahun baru. Tapi sangat bersyukur di negara kita tidak dapat buat ! Jika tidak.. 9 bulan kemudian , mesti banyak kes buang bayi. Masalah sosial di sebabkan 'satu malam' memberi kesan sepanjang tahun ! Hurm... 

Masjid surau ? Sekarang dah tau erti rindu kan ? Dulu tak kisah pun. Bila kerajaan negeri dah buka sedikit demi sedikit.. nah.. masing masing berebut nak gi solat berjemaah ! Dan paling ketara... Ramadan nanti ! Huhuh.. 

Dan akhir sekali.. kita sebenarnya sedang menuju satu fasa baru.. fasa pemodenan yang lebih tersusun.



You May Also Like

0 comments