PKP 2.0 : Malaysia cipta sejarah di awal tahun 2021

by - Selasa, Januari 12, 2021

Seperti yang dijangka. PKP lagi ! Tapi tidak melibatkan semua negeri. Hanya negeri yang 'bermasalah' jer kembali ke dalam rumah. Huhuhu.. Alhamdulillah , tidaklah begitu ketat dan tegas. Rakyat masih boleh beriadah seperti berjogging dan berbasikal cuma tak leh berjemaah ! Yang nak berjemaah pun apahal ??? Sorang sorang dah la.. Lari atau berbasikal pastu balik laa. Asal berpeluh. 

Gym ? Negeri berPKP , tutup ! Home workout je la gamaknya. Dan bagi aku ni masanya untuk berkardio selepas berminggu kerja berat di gym. Heheeee... Apa nak buat ? Terima je la kesan dari kedegilan masing masing. Dari pemimpin hinggalah ke rakyat. Saling mencontohi. Terbaik. 

Yang lain lain tu, korang leh rujuk telegram MKN untuk maklumat lebih rasmi dan tepat. Jangan amik dari mulut ke mulut. Banyak ajinomoto lak nanti. Heee.. kan kan ? Kena rajin mencari dan membaca. Baru dapat macam macam maklumat yang lebih tepat lagi jitu. 



Ramai masih tertanya-tanya.. Apakah sekolah akan dibuka memandangkan tadika swasta boleh dibuka. Tak kisah la negeri PKP atau tidak , apakah persekolahan akan dibuka seperti dijadulkan atau semua bakal secara online ??? 

Sebenarnya menakutkan juga jika dibuka kan ? Maklumlah , sekarang ni sapa pun tak leh dah dipercayai. Silap langkah , satu keluarga kena swab test ! Silap percaturan , satu keluarga positif Covid 19 ! Semua kena angkut masuk wad. Adoi... naya naya.. 

Dan aku tertanya tanya.. apakah tempoh 2 minggu ni akan mencukupi untuk putuskan rantaian ? Aku rasa tidak mungkin sama sekali ! Mungkin sebulan lebih juga untuk putuskan rantaian dan akan jadi sedikit isu bila tiada sambutan Tahun Baru Cina sekali lagi. Uhukk... 



Apa pun , sama sama kita berdoa agar rantaian berjaya diputuskan. Kesian kat anak anak kita tu. Mereka rindu nak ke sekolah.. Rindu nak berkawan.. rindu nak memakai pakaian sekolah. Rindu nak kena marah ngan cikgu.. Huhuh.. 

Bagi yang bakal hadapi peperiksaan penting tahun ni tapi rasakan banyak yang ketinggalan.. Aku cadangkan amik kelas tambahan secara online jer. Senang ! Boleh baca di entri aku ni , Mencari Kelas Tambahan Secara Online ? 

 

You May Also Like

1 comments

  1. Bhai Ben ...

    Lama gua tak komen sini... Aper yang pasti... ini formula yang gua rasa akan berlaku...

    14 + 14 PKP + 14 + 14 + 14 + 14 + 14 + 14 PKPB.
    Ini formula biasa.

    Hahaha..

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam