Kes ragut berani mati ni membuatkan aku membelikan alat ini untuk si isteri dan juga..

by - Khamis, Januari 21, 2021

Video kes ragut berani mati yang tular baru baru ni di media sosial membuatkan aku tersentak. Seperti yang dijangka, ramai dah mula terkesan dengan  Covid 19 ni. Kehilangan pekerjaan yang menyebabkan 'mereka' bingung nak mencari sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Paling utama camana nak bayar hutang piutang ? Pening.. Tapi tu bukanlah alasan untuk melakukan jenayah sama sekali ! 

Dalam video tu , kelihatan si mangsa dah menjerit kuat tapi belum mampu membuatkan si penjenayah takut dan nekad untuk terus menyamun. Akhirnya dia berjaya juga menyamun dan melarikan diri. Tapi katanya dah berjaya ditangkap. 

Apa pun.. aku teringat satu alat yang aku rasakan sesuai untuk kes kes begini.  Aku cari di Lazada dan baca review pembeli. Sangat positif review mereka. Harga pun ok. Terus aku beli 3. Satu untuk wife. Satu letak dalam kereta dan satu lagi dalam rumah. 







Bunyi dia memang cukup menyakitkan telinga. Alat ni jangan sekadar simpan dalam beg. Pegang dan bersedia jika kita berada di tempat terbuka yang sunyi dan dirasakan bahaya. Jika menaiki kereta , standby juga picit alarm kereta. 

Ok.. ada yang kata beli juga pepper spray. Bagus juga pepper spray ni tapi seperti kita tau, alat alat yang boleh mengancam nyawa ni , boleh disalahgunakan ! Aku google mencari jawapan apakah dibenarkan guna penyembur lada ni ? Aku jumpa beberapa artikal termasuklah dari akhbar yang mengatakan boleh tapi aku lebih suka berpegang pada web AskLegal ni. 




 


Satu lagi alat yang boleh disediakan ialah lampu suluh LED tu ! Haaa.. beli yang kecil tapi lampunya mampu membutakan mata sekejap. Cukup memberikan peluang untuk kita melarikan diri jika diserang penjenayah. Ini dah memadai sebagai langkah keselamatan. Nak lagi selamat , elakkan sekiranya boleh  dari berada di tempat yang mampu mengundang penjenayah. 

Apa pun.. ini sekadar pandangan amatur aku jer. Kalau korang ada idea yang lebih cantik , boleh kongsikan di ruangan komen ni. Aku pun tambah ilmu keselamatan diri yang mana aku boleh kongsikan juga pada rakan rakan di media sosial. 

Semoga bermanfaat. 

You May Also Like

1 comments

  1. ramai yang terdesak dan melakukan kerja haram untuk dapatkan duit dengan mudah..bila tertangkap menyesal pun dah tak berguna...

    BalasPadam