Full total lockdown atau PKP penuh ? Apakah kesannya pada rakyat ?

by - Januari 24, 2021

Terbaca lemparan Tweet.. 

Terkedu aku dibuatnya.

Tapi dah dijangka. Kes masih terlalu tinggi. Bukan tinggi tau.. tapi terlalu tinggi ! Bayangkan yang positif pun dah kena kuarantin di rumah melainkan jika punya gejalan atau berada di stage yang memudaratkan diri. Terdapat 5 peringkat klinikal COVID-19. 
  • Tahap 1. tanpa gejala. 
  • Tahap 2. simptomatik dan tiada radang paru-paru. 
  • Tahap 3. simptomatik dan radang paru-paru. 
  • Tahap 4. simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan. 
  • Tahap 5. sakit teruk dengan kegagalan multiorgan. 
Pandang muka anak anak. Mereka berlari sana sini dalam rumah. Bermain. Gembira seolah olah tiada apa apa berlaku. Yang mereka tahu , virus dan jaga SOP. Dan mak ayah, kepeningan. Memikirkan hutang hutang yang perlu dibayar ! Mana nak korek duit ? Kalau boleh bekerja atau meniaga , boleh la gak menampung hidup. Hutang , belum tentu dapat dibayar ! 

Tunduk sayu. 

Mereka yang berharta , boleh rehat dengan tenang di rumah. Yang tiada harta ? Mula merancang macam macam. Yang dalam fikiran , cumalah anak anak yang bakal meminta makanan. Jika jenis tak kuat makan.. ok lagi ! Anak anak aku, memang dah diajar makan berat sekali sehari jer. 

Benarkah akan ada Full Total LockDown seperti yang dah mula viral di media sosial ?



Kerajaan mesti dah fikirkan kesannya. Ini langkah terbaik. Dah beri macam macam nasihat tapi masih lagi ada yang endah tak endah.. Kesannya , pada kita juga. Kalau nak tuding pada kes PRN yang lepas , aku lebih suka menuding pada punca masuknya si pembawa virus tu ! Pintu sempadan bocor !!! Rasuah . Hukuman lebih berat patut dikenakan seperti hukuman mati pada tekong.. yang terima rasuah. Jika tidak , bila nanti kes dah surut , kita akan ulangi masalah sama ! Sampai bila bila takkan selesai ! 

Terkini...





You May Also Like

4 comments

  1. Fasa sekarang ni mungkin lewat tanganinya sedari awal.. Ibaratnya seperti sebelum ini api yang marak sudah jadi bara, namun bara dijirus minyak yang semakin banyak maka menjulang la apinya semula.

    BalasPadam
  2. May allah make it all the things aesy for all.

    BalasPadam