Hari pertama PKP 2.0 di tahun 2021

by - Januari 13, 2021

PKP kali ni tak la seketat macam dulu. Walaupun kes tinggi mencanak.. er , jangan rujuk gambar.. tu kaki ! Takda yang mencanak dalam gambar tu yer.. Huhuh.. Ok , sambung.. walaupun kes tinggi mencanak tapi kelonggaran ada pada negeri yang berPKP ni. Masih boleh meniaga makanan , jogging , berbasikal , keluar beli barang 2 orang.. dan beberapa lagi kelonggaran. 

Aku ? Hari ni... aktiviti seperti biasa.. cuma takda gi gym je la. Lain lain , sama je rutin. Huhuh.. Rasanya rutin akan berubah bila anak nak bersekolah nanti. Masa tu lain skit la.. 

Walapun wife WFH , jemur kain tetap tugasan aku. Kalau dia jemur , aku tak dapat la nak berposing gitu. Hahaha.. Berani buat gitu sebab jiran dah pindah. Oh , sapa amik gambar ? Aku guna Samsung Galaxy Note 20 Ultra kot.. hehee.. tekan dari kejauhan gitu jer.. He.. tak yah pening pening. 


Lepas jemur pakaian.. aku jemur diri sendiri aku lak. Nak dapatkan vitamin D yang dikatakan mampu melawan virus Covid 19 ! Haaa.. korang nak percaya atau tidak.. terpulang ! Aku ? Selagi boleh kutip.. aku kutip ! Bukan la takut mati tapi tak nak susahkan anak bini. Kalau aku sakit waktu gini, sian diorang. Anak anak masih kecil... Huhuh.. 


Bersenam... di rumah jer. Aku sasarkan 1000 kalorie setiap hari. Kalau lebih tu, Alhamdulillah. Nak berpeluh dan aktif jer. Kalau tidak , asyik nak tidur dan makan jer. Tak pun , nak bedal makanan jer aku haa.. Dah tak da apa nak buat ? Makan sambil layan Netfilx ! Adoi.. mampus ! Menjemput darah tinggi dan kolestrol la jawabnya aku.  



Dan hari ini bersejarah buat aku. Aku berjaya cipta resepi makanan dah yang cukup gempak di Tanah Melayu ini ! Aku namakan dia , Telur Goreng Harimau Ketawa Terbahak Bahak ! Yer.. aku dah patentkan telur goreng ni ! Dalam erti kata lain , orang lain tak leh guna dah nama telur goreng ni.. Kena guna nama lain. Contoh Telur Terkentut Mak Dia ker... Atau Telur Bawal Masak Kicap.. haaa.. gitu lah ! Menarik tak ? 

Dan aku akhiri hari pertama PKP 2.0 ni dengan mandi dalam di kolam private nun di  Hard Rock Cafe Sepang. Anak anak pun suka. Alhamdulillah.. Kami ikut SOP walaupun dalam kolam. Berjaya membuat penjarakan sosial gitu.. 



 Esok ? Tak tau lak laaa.. aktiviti. Mak diorang kena gi opis ! Kerja lak. Aku dan diorang di rumah. Adeh... Nak suruh belajar , liat memasing. Nak tunggu diorang amik buku, satu hari baru berjaya. Tu pun lepas anak tekak keluar. Huhu..

You May Also Like

1 comments