5 tahun dah Aariz tapi masih fikir nak hantar ke tak ?

by - Isnin, Januari 04, 2021


Hurm... risau aku dengan budak sorang ni. Walaupun dah kenal huruf dan nombor tapi duduk rumah dok layan menda ni. Kalau mak dia ada, tak berani dia nak main. Kalau aku ada.. berani diorang mintak  lak. Adehh..

Hantar tadika ? Abang dan kakak dia memang hantar sejak dari usia 5 tahun tapi dek kerana sejak dua menjak dengan Covid 19 ni.. kelas asyik on off , on off.. tak berani lak aku nak hantar. Satu risaukan kesihatan dan satu lagi.. korang pun tau la kan... kang kelas tutup , kena bayar gak. Nak bayar, skit skit ok la.. Huhuh.. Tapi ..gulp ! 

Rasanya aku nak hantar dia gak nanti. Tunggu sekolah buka. Tengok camana keadaan Malaysia ketika tu. Kalau semua ok dan terkawal, aku hantar gak la kot si kecil ni. Sayang. Bijak dah bijak. Cepat tangkap pun yer.. Rugi dok abis masa ngan menatang tu jer. 

Risau ketagihan ? Dia ni bukan sebab ketagihan tapi sebab tak tau nak buat apa. Kalau ada aktviti , dia ok je layan. Tu sebab aku nak sibukkan dia dengan sekolah. Duduk rumah pun , kalau membantu aku jemur baju... dah bagus.. Ni tak haaa ! Hahahaha..

Ke nak antar masa 6 tahun nanti ?

You May Also Like

0 comments