Bikin hal la Dr. Romantic !

by - Januari 02, 2021

 

Adoi laaa... terjebak lagi aku. Memang boleh rosak hari kalau layan drama bersiri Korea ni. Aku kalau boleh memang nak elakkan. Tapi tak boleh bila tau ada Kdrama yang best depan mata ! Hahahah.. Tapi memang best Dr.Romantic ni. 

Cerita dia simple tapi best. Dari episod pertama lagi dia dah menarik. Akan buat nak tengok episod ke dua dan seterusnya sehingga tak sedar hari dah hampir siang. Nasib baik aku layan dengan wife. Kalau layan sorang sorang , mau tak bergerak aku langsung ! Huhuh.. 

Aku layan Kdrama ni kat Netflix. Dah masuk musim kedua. Ditayangkan kat Korea lama dah. Kalau dari info aku baca tu, tahun 2016. Banyak anugerah mereka menang. Bermakna drama ni best la. Pelakon pelakon pun tak la over sangat cantik dan kacaknya. Hehehe...

Kalau korang minat cerita cerita pasal perubatan , keegoaan dan cinta ni.. Memang syok la layan Dr.Romantic ni. Aku nak kasi tau jalan cerita pun tak syok kat korang. Nanti hilang feel. Tapi memang berbaloi la kalau korang layan cerita ni. Huhuh.

Dr. Romantic 2 , dah main pada tahun 2020. Mesti lagi syok ni. Aku baru abis episod ke 5. Hahaha.. Masak !

You May Also Like

4 comments

  1. Baru tau ke?🤣😏

    BalasPadam
  2. ala2 cerita emergency couple jugak eh..

    BalasPadam
  3. best citer dr kim ni. nak tengok season 2 die..memang layan citer die. kena dh la suka medical2 macam ni

    BalasPadam
  4. Cerita bagus, jangan lupa beli sebotol promosi

    BalasPadam