Pastikan kasut sekolah terbaik untuk kaki anak kita !

by - Januari 09, 2021

Kasut  sekolah amatlah penting bagi si pemakai. Tak kira usia. Tak kira jantina !  Jika kasut tidak selesa dipakai, maka seharian mood memang boleh rosak. Takda mood nak belajar. Nak berjalan pun rasa sakit. Berlari apatah lagi. Tu belum lagi dalam kelas. Kalau aku dulu, sah sah dalam kelas bukak kasut. Baru selesa. Tapi masalah baru lak muncul.. Bau kaki ! Hahaha..

Dulu memang susah nak dapatkan kasut yang bagus. Kalau ada pun , harga dia.. gulp ! Nasib baik sekarang ni ada banyak pilihan. Semua bagus bagus tapi aku nak yang terbaik mengikut kemampuan aku. Huhu.. Dan buat 2 tahun berturut turut , Pallas menjadi pilihan aku dan isteri untuk Qhaliff Iman. Anak sulung aku tu la.. Heee. Dan Zahra bakal menuruti abangnya jugak. Dua dua pakai Pallas. Senang gitu !  

Kenapa Pallas ? Pertama , tapak kasut getahnya yang cukup mencengkam. 2 tahun Qhaliff sekolah, Alhamdulillah.. dia tak pernah cerita pasal dia tergelincir. Itu memang menakutkan aku. Maklumlah, sekolah dia 2 tingkat. Kelas dia atas lak tu. Naik turun tangga setiap hari. 

Kedua, kasut Pallas lebih ringan serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi mengelakkan kasut berbau. Tu penting tu ! Bayangkan jika ada yang punya masalah kaki berpeluh. Pastu tiada sistem pengudaraan ! Nah.. memang naya laa kaki tu. Budak budak kat sekolah pun tak tenang nak belajar. Dan jika basuh pun, cepat kering. 

Nah.. Pallas hadirkan kasut sekolah siri yang terbaru untuk anak anak kita. Pallas 205-0200BK , dengan  adanya arch support pasti membantu memberi sokongan pada tapak kaki si pemakai. Kaki akan lebih selesa untuk berjam jam lamanya. Tiada masalah ketegangan pada otot kaki.


Manakala Pallas 205-0197BK pula , sesuai ketika pengajaran  di luar kelas. Mudah nak ditanggalkan dan juga nak pakai dengan pantas sepeti nak pergi solat di surau atau ketika kelas Pendidikan Jasmani.  Dengan tapaknya yang cukup mencengkam , pastinya dapat mengelakkan mereka dari tergelincir. Dan jika anak korang jenis yang lasak , amatlah sesuai kasut ni untuk mereka ! Mudah untuk dibersihkan. Sapu sapu je habuk atas permukaan kasut tu. Selesai. Cuba tonton video ni.. 


Ternyata ini antara ciri ciri kasut pilihan para ibu bapa untuk anak anak mereka yang pentingkan keselesaan  serta kebersihan buat anak anak mereka. 


Kedua dua jenis Pallas ni boleh dibeli di  kedai kedai fizikal seperti di Aeon, Mydin , Tesco dan supermarket terpilih. Jika nak beli secara online , korang boleh dapatkan di www.wow2wee.com.





You May Also Like

4 comments

  1. design not bad cantik gak....yg penting hitam...lambat sikit nak kotor... hehehe

    BalasPadam
  2. Anak-anak nina pun pakai kasut sekolah Pallas. Puashati dnegan harga dan kualiti. Kasut Qhaliff tu sama design kasut Eilman last year. Sesuai jugak bawak jengjalan. Jimat bajet Mak! HAhaaa

    BalasPadam
  3. Design jenis masuk je lagi sennag pakai.. Cept.. Memnag selalu pilih tapak, anak2 pakai selesa.. Fariza pun pakai kasut pallas

    BalasPadam