Pelakon Janna Nick kena hentam di Twitter...

by - Jumaat, Januari 08, 2021

Aku tengok dia berlakon sekali jer.. Tu pun kat Netflix. Masa tengok tu pun , aku tak kenal sapa dia. Tanya wife aku ,barulah aku kenal dia. Aku cam.. 'Oooooo..'.. Tu jer. Tak kata lebih. Nak komen bagus ke tak lakonan, takkan nak berdasarkan satu cerita tu je kan ? Tapi tak kisah la. Aku bukanlah pakar dalam menilai lakonan orang.

Semalam.. trending di Twitter. Nama Janna Nick meletup ! Apa kes ? Aku mencari punca.. Dan akhirnya jumpa. Dengan USA punya isu 'The Purge' dek kerana US Capitol di serbu dengan penyokong Trump, Janna Nick memberi pendapat dia. 

Haih... sebenarnya di Twitter ni kalau nak memberi pendapat, memang berat skit ! Bila menyuarakan pendapat , ko kena bersedia untuk berbalah atau berbahas ! Tak boleh lepas tangan. Memang jadi kluster punya ! Hahaha.. Berangkai rangkai.. Huhuh.. Bersedia jer la.. 


Berbalas balas Tweet. Macam macam ada. Aku mampu geleng kepala jer. Nak kata apa dah ? Dunia Twitter ni lain skit. Kat sana memang tiada tapisan ! Baik kata kata atau pun video ! Katanya Kebebasan Individu. Hurm.. 

Dan aku memahami perasaan Nick.. camana kena kecam ! Hehehee.. Memang boleh down abis. Yang penting, rakan rakan sekeliling memberi semangat dan sokongan ! InshaAllah boleh bangkit semula. Dan yang mengecam ni.. pun perlu beringat la juga ye. Berilah pandangan yang baik baik. Kalau tidak , 2x5 jer... apa beza kan ? 





Sememangnya , dunia Twitter ni memang tak sesuai untuk aku.Faktor umur ? Hahahaa.. Tak la. Faktor pengalaman. Tak perlu nak buang masa nak berbalah berbahas kat sana. Tak de kesudahan ! Sebaiknya , sebelum nak tweet apa apa... kena pk panjang ! Kalau rasa nak selamat , main dalam zon kita jer yang mana kawan kawan atau kenalan kita boleh beri pandangan mereka secara kita nak.. maklumlah, dah lama kenal ! Huhuhu... Takda la nak pening kepala kan ? 

You May Also Like

0 comments