Online learning ? 7 orang anak perempuan ni antara anak anak yang sudah ketinggalan !

by - Isnin, Januari 25, 2021

Sebak hati membaca lemparan Tweet dari Shafiq Fhadly. Pagi ni saja banyak kisah kisah rakyat yang aku baca di Twitter. Mana yang termampu, aku sumbang sedikit. Ada kisah 3 keluarga ibu tunggal tinggal serumah dengan anak anak dalam keadaan daif. Rumah yang cukup.. hurm... sedih aku. Biasanya akan aku tunjuk pada anak anak aku supaya mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada terutama adanya ibu bapa yang setiap hari menjaga dan mengambil berat mengenai mereka. 


Ramai yang mula terkesan. Hilang pekerjaan. Hilang pendapatan dek kerana Covid 19 ! Bagi yang senang , mereka  bolehlah membantu orang orang sekeliling yang memerlukan bantuan. Inilah masanya untuk memanfaatkan harta harta yang ada. Sungguh merugikan melepaskan peluang begini. Bukanlah untuk dikenang tapi untuk saham akhirat kita kelak.

Ok.. ini cerita dari Shafiq Fhadly. Moga kerajaan dan pihak terbabit terutama wakil wakil rakyat tu, sila bekerja lebih keras lagi. Ini tugas tugas anda ! 






 









Tahniah buat Tuan Shafiq. Anda salah seorang dari mereka yang telah memainkan peranan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Bukan sekadar 'bising' di media sosial tapi turut turun padang membantu meringankan beban mereka yang memerluan. 

Kita bagaimana pula ? Apa peranan kita ?

You May Also Like

1 comments

  1. Allahu! Sedihnya baca kisah akak tu.. Semoga akak tu dipermudahkan urusan dan dikurniakan rezeki melimpah ruah lepas ni

    BalasPadam