Kerap basuh rambut guna syampu punca rambut beruban di usia muda ?

by - Ahad, Januari 31, 2021

Pernah aku terbaca , punca rambut beruban di usia muda adalah dek kerana terlalu kerap basuh rambut dengan syampu ! Kenapa tiba tiba aku tulis pasal ni ? Hahaha... Aku kan dok pantau anak anak mandi di bilik air. Diorang suka benar main sabun dan syampu rambut. Risau terjatuh dalam bilik air. Aduh.. menakutkan ! Nak tak nak , aku kena ajar diorang keringkan diri sebelum turun ke bawah.

Bila tengok diorang kerap bersyampu tu la aku teringat isu ni.. Apakah benar syampu punca rambut beruban di kalangan anak muda ? Memang ramai je aku tengok sekararang ni, belum pun 30 tahun.. dah beruban. Apakah punca sebenarnya ? Kerap syampu atau syampu tu sendiri ? 

Kalau orang dipertengahan usia cam aku , beruban tu.. kacak la gak.. Tapi ni muda muda dengan muka ala ala anak ikan baru nak belajar berenang , dah beruban ! Adoi la.. Macam budak kecik terperangkap di kepala orang tua gitu.. 

Kacak cam aku kalau aku simpan janggut. Sebab tu aku tak simpan janggut n misai sangat. Risau !

Aku , seperti biasa.. Google cari artikal artikal berkaitan dan jumpa beberapa artikal yang menarik perhatian aku. Antaranya dari Remaja.My ni. Dalam artikal tu ada kata , 10 punca kenapa uban mula tumbuh di usia muda. 
  1. Stress
  2. Merokok
  3. Suka makan junk food 
  4. Kurang makan vitamin B12 dan zat besi
  5. Genetik
  6. Kerap guna pengering rambut
  7. Pewarna rambut
  8. Kerap cuci rambut
  9. Kekurangan asid folik
  10. Diet tak seimbang
Aku perhatikan point point yang diberikan tu. Aku punya rambut belum beruban dengan meriahnya. Alhamdulillah.. Cuma janggut tu je la. Kalau simpan, kacak sangat aku tapi aku tak larat nak kena ngorat dengan lelaki yang separuh normal.  

Aku , syampu rambut seminggu sekali dua jer. Guna Rejoice yang anti kelumumur tu. Suka guna tu sebab segar je rasa pastu. Dan ada satu lagi syampu yang bertujuan untuk lebatkan rambut. Aku tak leh guna jenama lain yang mana boleh akibatkan rambut aku kering ! Kelihatan kasar dan tidak bermaya gitu. Hahahaha.. 

Apa ? Setiap kali mandi , mesti nak syampu kepala tu ! Kalau tak syampu , rasa tak selesa sangat ! Haa, aku tau.. ada yang nak tanya soalan gini. Kan kan ? Ok... ada jawapan dia.. 

Menurut pendandan rambut antarabangsa dan pakar hairstylist Pantene di artikal Mstar, Barney Martin berkata.. berapa kerap korang  perlu membasuh rambut dengan syampu sebenarnya bergantung kepada jenis rambut, tetapi secara umum, ramai yang melakukannya dengan kerap.

Salah satu masalah terbesar pelanggannya yang disedari oleh Martin ialah mereka mencucinya secara ‘over’ (berlebihan) ! Korang boleh baca kat artikal tu yer... Hehehe.. Malas nak copy paste dalam ni. Nanti Google marah. Baca di Berapa Kerap Sebenarnya Kena Cuci Rambut ?

Secara ringkasnya.. Nak kerap cuci rambut ni, kena fikirkan beberapa faktor. Antaranya :
  1. Andakah anda mempunyai kulit berminyak ? 
  2. Adakah anda mempunyai rambut tebal , kasar dan kering ?
  3. Adakah anda mempunyai rambut halus ? 
  4. Adakah anda bersenam atau berenang ? 
  5. Adakah anda punya kepala ? 
Ok.. yang nombor 5 tu aku tambah sendiri ! Hahahaha.. Ok.. Penggunaan syampu sangatlah penting. Maka perlu tahu kandungan syampu yang korang guna sebelum membelinya. Kalau nak hitam lebat dan sihat , guna cara tradisional ni.. Guna bunga raya ! Haaa.. apakah cara dan bahan yang diperlukan ?

10 kuntum bunga raya yang sedang kembang
200 ml air
1 sudu besar Virgin Coconut Olive Oil ( Minyak Zaitun)

Caranya:

1.Bunga raya diramaskan dalam semangkuk air sukatan di atas. Kemudian biarkan selama 30 minit sehingga lendir bunga tersebut keluar. Cukup masa 30 minit di masukkan 1 sudu minyak zaitun.

2.Selepas sebati semua ambik air ramasan bunga raya tersebut di basahkan ke kulit kepala sehingga rata rambut. Biarkan 10 minit. Kemudian di bilas air dengan bersih. Tidak perlu pakai syampu lagi selepas bilas tersebut.

3.Bagi yang masalah keguguran rambut boleh amalkan 1 ke 2 kali seminggu. Kebiasaanya boleh nampak perubahan selepas 1 bulan jika di amalkan secara konsisten.

Ni aku cilok dari Hijabista.com.my .

Akhir kata.. beruban tu bagus.. Ingat skit pada kematian ! Aku saja kasi ingatan pada diri aku. Korang tak pe.. muda lagi. Teruskan berhibur..  Byeee ! 

You May Also Like

0 comments