Drama Korea kena ada pelakon hensem baru best ?

by - Januari 10, 2021


Akhirnya , tamat dua dua season ! Fuh... tak tenang duduk aihh bila tengok drama Korea ni ! Patutlah ramai jer dok tergila drama dari sana. Senantiasa menanti drama drama terbaru. Aku jarang nak tengok sangat melainkan bila tertengok trailer dia kat Netflix atau kat Facebook. Memang ancur masa depan aku ! 

Kegilaan ni membuktikan sesuatu ! Aariz dan Zahra pun dah pandai sebut ' Annyeonghaseyo ' . Huhuh.. Diorang siap kata... " Boring laa... Asik Korea jer.. ". Hahahaha.. Terpaksa la nak ! Nak tengok citer lain, takut ada babak babak ngeri ! Hahaha.. Netflix ni tak bertapis. Memang cukup bahaya kalau anak anak tengok tanpa kehadiran orang tua ! 

Ok... isu dia sekarang. Wife aku kata season 1 best berbanding season 2. Katanya pelakon season 2 tak hensem. Aku cam... Hurm.. Aku jawab balik la.. Aku tengok drama Korea ni bukan sebab hensem atau cun tapi sebab drama dia.. kisah dan isu dia ! Politik dia serta birokrasi yang dikupaskan dalam drama tu serupa masalah masalah di negara kita ! Cuma mereka bebas untuk berkarya berbanding kat sini , kena jaga banyak pihak ! Huhuh.. 

Dr. Romantic... aku harap akan ada season 3. Syok layan sebab dalam cerita ni semua ada. Paling syok tengok keegoaan masing masing dan bagaimana masing masing yang punya masalah peribadi akhirnya mengetepikan segala masalah yang ada demi menyelamatkan pesakit ! 

Hensem atau tidak.. cun ke tak.. bagi aku lakonan mereka sebagai doktor , nurse atau staff hospital memang best ! Tak la kayu.. sampai atas katil wad pun dok bermekap bagai lagi ! Huhuh.. 




Best ! Dah abis.. sekarang dok pikir nak tengok drama seterusnya ! Huhu.. Kalau PKPD di Selangor bermula minggu depan , memang kena cari la drama best untuk tontonan sepanjang masa berkurung di rumah. Hahahaha.. 

Ada cadangan ? Aku nampak ada beberapa drama cam best je.. 



 

You May Also Like

4 comments

  1. Hahaha cun hensem lagi ramai laa yg tonton Ben ... lau tak cun tak ensem bebudak remaja tak suka nak tgk hahahahaha

    BalasPadam
  2. Kalau tak hensem tapi cite best, layan je.. hehehe..

    BalasPadam
  3. saya suka tengok jalan cerita. tak kisah la hamsem ka idok ka, hahah.. my mister best jugak, tapi hero tua la.. hihihi

    BalasPadam
  4. Story line citer Korea tu yang menarik, unpredictable kalau hero handsome dan heroin cantik lagilah best giler...

    BalasPadam