Kluster pelancongan pulak ?

by - Isnin, Januari 04, 2021


Kluster demi kluster ! Seperti yang diduga , cuti panjang akan menghasilkan kluster baru. Dulu ingatkan akan ada kluster Ramadan, kluster raya tapi Alhamdulillah.. takda ! Tapi selepas kluster politik buat hal, rakyat Malaysia dah cam.. hurm.. malas dah kot ? Tapi bukan semua la. Masih ada yang berjaga jaga. 

Bagi aku... nak bercuti tu, bercuti la. Tapi kena la bijak ! Jauhi tempat yang ramai orang. Bersesakkan. Pakai face mask dan sebagainya. Tak kira la ko percaya atau tidak wujudnya Covid 19. Tapi bila dah kena swab test dan positif, abis berangkai rangkai jadinya. Tu yang jadi masalah ! 

Betul.. tak mintak pun nak kena tapi macam disering dinasihati... elakkan.. elakkan.. elakkan ! Bila dah berkumpul beramai ramai setempat tu... memang naya la gitu !  Entah la... aku bukan nak nasihat korang pun. Aku pun gi gak bercuti tapi tidaklah keluar dari zon merah aku. Huhuhu.. Buat masa sekarang. Kesian kat zon zon hijau tu. Huhuh.. 

Nak tak nak .. kita tunggu dalam 2 minggu ni. Baru leh tau apa ceritanya. Cam Kluster Genting.. tu Cameron ada kes gak ! Cuma belum tau rantaian dia camana.. 

Semoga Allah lindungi Malaysia.

You May Also Like

5 comments

  1. rasanya musim covid sekarang ni kalau nk melancong pun kdg fikir banyak kali.tambah kalau zone merah

    BalasPadam
  2. Harap lah covid 19 ni cepat pupus dari muka bumi

    BalasPadam
  3. Betol.Haida bercuti pun takut-takut lagi. Buat hal sendiri. Nak makan pun cari tempat tak ramai. Nak jalan pun kalau sesak tak berhenti. Jalan dekat pantai pun cari port yang orang tak berkumpul.

    BalasPadam
  4. risaunya.. mujur mama dah cancel percutian ke Langkawi.. tapi baru aje terigin nak pilih tarikhbaru sekali terbaca ni pula erkk

    BalasPadam
  5. hati teringin nak cti-cuti, tapi rasa takut tu lebih lagi dr teringin. kalo nk sangat cuti, kena ke tempat yang tak ramai orang. :-)

    BalasPadam