Coretan Covid 19 Survivor yang patut kita ambil teladan !

by - Ahad, Januari 24, 2021

Aku ternampak posting seorang kenalan di Facebook mengenai Covid 19. Aku pernah baca beberapa posting dia sebelum ni tapi aku anggap biasa jer. Hari ni ada satu lagi posting dia. Dan aku terkejut membacanya ! Seolah tak percaya gitu. Aku terus mesej dia dan mintak kebenaran untuk upload dalam blog aku atas niat untuk berkongsi pengalaman dan menyebarkan peringatan mengenai bahaya Covid 19 dan minta mereka yang masih leka dan alpa mahupun yang anggap semua ni cumalah sandiwara semasa.. kita berjaga jaga dan ambil tahu. Kalau tak nak percaya , tak pe tapi jangan menyebabkan orang lain jadi mangsa ! 



Posting gambar di atas membuatkan aku berminat nak cari posting posting lama dia. Mencari di mana ekornya dan hingga ke hujung rambut. Sejujurnya aku pun antara mereka yang kurang nak percaya sangat pasal Covid 19 ni tapi nak tak nak, aku kena terima realitinya bila mana rakan kenalan aku dimasukkan wad dan mereka bukanlah sekadar selsema atau positif saja.. tapi ada yang sampai terbaring atas katil dengan berhari hari lamanya ! 

Panjang coretan Puan Rahayu Ahmad di Facebooknya selepas dia dapat tahu dia berada dalam rantaian mereka yang dijangkiti virus Covid 19. Katanya dia pun tak tau dari mana dia dapat walhal level bawah dia negatif ! Ini bermakna, kita tak tau siapa di sekeliling kita ni sebenarnya dah pun dijangkiti cuma tiada simptom dan kelihatan sihat seperti biasa. Maka adalah penting , kita ikut saranan kerajaan dengan mengikuti SOP yang diwajibkan pada kita tu. 

Bayangkan kesannya pada mereka yang memang aktif bersukan.. tiba tiba. Jom baca antara coretannya , Tujuan catatannya hanya untuk memberi kesedaran buat mereka yag masih memandang ringan mengenai bahayanya Covid 19 ni pada mereka yang tidak berkeupayaan ! Dalam sihat pun boleh dijangkiti , bayangkan mereka yang ada penyakit kronik ! 





Kesan Selepas COVID-19 ( Rahayu Ahmad )

Dalam post saya seblum ini ada saya nyatakan bahawa setiap ujian kesakitan yg Allah berikan kpd kita pasti ada kesannya walaupun telah sembuh. Apalagi COVID-19 iaitu virus yg baru sahaja melanda dunia dan masih banyak kajian yg dilakukan utk mengetahui ‘ciri-ciri jahat’ virus ini apabila menyerang manusia.

Saya tiada simptom ataupun gejala sepanjang saya positif COVID-19. Sejurus saya telah discharge dari tempoh kuarantin, saya mulai rasa kelainan kpd tubuh badan saya iaitu pada sistem pernafasan saya. Nafas saya terasa pendek, sesak dan cepat keletihan. Saya mula mengalami kesan-kesan setelah sembuh dari COVID-19 seperti yg sahabat-sahabat saya kongsikan. 

Info berkaitan ini telahpun saya perolehi sebelum saya terkena jangkitan. Sahabat-sahabat saya yg terdiri drp org2 yg aktif dalam sukan basikal dan larian telahpun memberi amaran ini supaya saya lebih bersedia dgn pelbagai kemungkinan. Inilah kerisauan saya dari dahulu kerana saya adalah seorang yg sgt aktif dalam sukan dan ia pastinya akan menyebabkan prestasi saya jatuh. Akhirnya ia turut dialami oleh saya.

Saya mulai sedar juga pd minggu kedua saya melakukan workout di dalam bilik kuarantin, nafas saya (heart rate) cepat berada di Zone 4. Seperti nasihat doktor saya dan sahabat-sahabat yg lain, lakukan senaman ringan terlebih dahulu agar badan saya tidak terkejut. Saya turuti semua nasihat tersebut dengan sentiasa berdoa agar Allah memulihkan saya seperti sediakala.

Namun, saya kuatkan diri saya utk membuat eksperimen ke atas diri saya. Saya buat larian 5km pada hari kedua selepas discharge, dan saya sedih. Prestasi saya seperti saya telah berhenti lebih setahun dari bersukan. Larian saya lemah dan HR Zone saya cepat berada di Zone 4.

Saya kongsikan prestasi saya seperti di dalam gambar. Saya akui, saya sedih dan risau. Sahabat2 saya yg tahu tentang prestasi saya dlm larian, pasti tahu di tahap berapa pace saya. Tapi saya tidak boleh patah semangat dan menangis di hujung katil sahaja. Saya perlu mencari jalan. 

Saya bukan manusia yg mudah putus asa. Mmg saya sedih dgn kesan yg berlaku tapi ia tidak mematahkan semangat saya.  Saya telah berjumpa dengan doktor utk menjelaskan masalah yg saya hadapi (of coz doktor yg pakar). Alhamdulillah masalah yg saya hadapi sgt minor kerana antibody saya sgt kuat dan ditambah pula saya adalah sgt aktif. Saya diminta utk mengikuti sesi terapi secara online dgn Dr. Renu untuk mempelajari teknik pernafasan dan memperbaiki sistem dalaman saya semula. 

Saya juga dinasihatkan oleh doctor utk mengambil dosage tambahan kesemua supplement yg saya consume setiap hari dan ditambah dengan beberapa lagi supplement utk tujuan recovery (membaiki tempat2 di dalam organ yg mungkin bermasalah akibat virus COVID-19). Saya juga diajar tentang cara pemakanan supplement yg betul utk mendapat manfaat yg sebenar dan mengelakkan drp perut terganggu. 

Alhamdulillah. I feel better now.

Sekali lagi, saya membuat experimen ke atas tahap badan saya. Saya kuatkan mind saya utk melawan smua ini dan melakukan satu lagi sesi semalam. Alhamdulillah saya berjaya tamatkan larian 5km dgn pace yg lebih baik. Dan saya berhenti setakat 5km shj kerana tidak mahu memberikan terlalu byk tekanan di dalam tempoh recovery. 

Heart rate saya masih cepat berubah ke Zone 4 tetapi yg peliknya saya tidak rasa tercungap pun (bila tercungap smpai tidak boleh bercakap semasa senaman bermaksud heart rate berada di tahap 4). Agak pelik tapi saya tetap percaya dgn device yg saya gunakan utk memantau heart rate saya. Apabila HR masuk ke Zone 4, saya memperlahankan kelajuan larian saya utk kembalikan ke Zone 2. Itulah yg saya lakukan sehingga tamat sesi larian.

Apa yg saya cuba kongsikan disini ialah utk org yg tidak aktif seperti saya, mungkin masalah ini tidak sangat dirasai sbb kdgkala org merasakan nafas pendek dan cepat rasa letih mgkin kerana penat bekerja, tidak ckup rehat atau faktor umur. Jadi, masalah ini akan berlanjutan dan akan memberi risiko di masa akan datang. Namun bagi saya yg sentiasa memantau tahap heart rate dan prestasi saya, maka saya dapat ketahui masalah yg saya hadapi di mana ia sgt berbeza dgn sebelum ini.

Jadi, sentiasalah berjaga2 di dalam situasi COVID-19 yg melanda negara kita. Jangan ambil ringan dgn mengatakan ‘ala badan saya sihat mesti kalo kena COVID-19 ni mcm kena flu je. Habis kuarantin nti okay balik’.. Please jangan terlalu riak. Kita belum tahu kesannya di dalam jangkamasa panjang. 

Again pesanan saya, COVID-19 belum ada ubat. Prepare your body utk imunisasi yg lebih kuat dgn pengambilan supplement spt Vitamin D3, Vitamin C, probiotic, b-complex, madu dan hasbatussauda. Apabila badan kita ready, apa shj virus yg kena, in shaa Allah, badan kita akan boleh terima dan melawan semula. Itulah yg kita mahukan. Usaha. Usaha. Usaha.

In shaa Allah saya kongsikan lagi dalam live saya di Facebook. Semuanya utk tujuan memberi pemahaman yg lebih berkaitan COVID-19. Semoga ia dapat membantu komuniti kita hidup dlm keadaan yg baik dan sihat. Amiin... ". Boleh ikut post post Puan Rahayu di Facebooknya. 

Samada nak amik tahu atau tidak , terpulang. Yang penting , kita jangan jadi penyebar pada orang lain. Jaga SOP... 


You May Also Like

0 comments