Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra

by - Jumaat, Januari 15, 2021

Semalam tengok live di Twitter , pelancaran Samsung Galaxy S21 5G dan Samsung Galaxy Ultra 5G serta earbuds dia yang cukup menawan jiwa aku ! Hahahaha.. Samsung ni memang jadi kegemaran aku sejak beralih arah dari Sony. Sony best tapi sayangnya.. haa ! Ops.. ni bukan cerita pasal jenama lain. Heee..

Tergoda sudah aku dengan design serta ciri ciri terkini S21 ni. Design dia pun lebih nampak keayuan sedikit berbanding S20 yang nampak lebih jantan. Kiranya S21 ni ala ala KPop atau Kdrama la skit. Sapa minat , sesuai la ! Hehee.. jangan marah naa.. 

Ok ok.. didatangkan dalam beberapa warna yang cukup menawan. tu aku kata.. warna godaan Kpop gitu ! Tapi syok tengok aksesori dia. Ketika pembentangan mengenai earbuds dia.. fuh , tergoda tul laaa dengan ciri ciri dia tu ! Jam, aku tak minat nak miliki. Heee.. Oh ya.. kalau tengok di web Samsung , ada banyak casing menawan ! Harga mesti ratus ratus tu.. Huhuh..



Ciri ciri atau Spesifikasi dia.. korang leh tengok kat bawah ni. Kalau tak nampak. boleh terus ke web Samsung. Sekarang ni dah pre order untuk miliki Samsung Galaxy S21.


Dalam penerangan semalam,  aku dapati untuk tele camera dia masih belum cukup umph ! Haaa.. Tapi tu untuk jarak yang memang jauh benar la ! Kalau dah umph , aku rasa memang aku jual dah DSLR aku tu. Hahahaha... Tapi untuk macro cun ! Nah , kalau korang kaki selfie, kamera depan dia padu benar ! Bokeh dia gempak.

Untuk Samsung Galaxy S21 Ultra tu.. boleh guna S Pen ! Fuh... gempak ! Manakala sistem operasi dia dah up ke One UI3.. Aku suka... aku suka ! Heee.. 



Harga dia .. bermula dari RM3699 hingga ke RM5899. Gempak ? Hahahah.. Ikut siri dia dan storage dia. Yang sampai mahal sangat tu sebab storage dan Ram dia.. 512 GB dan 16GB Ram.  Mahal laaa.. heee.... 

 
 

Nah.. part ni menarik ! Hahahaha.. Dah takda travel charger ! Dijual secara berasingan. Hahahaha.. Dan juga tiada earphone. Huhuhuh. Maka korang kena bijak la semasa beli tu. Mintak free gift la masa beli tu.. cam beli kat Seng Heng ke.. Kedai kedai lain , aku tak sure. Beli direct Samsung , ada free gift gak la.. 

Amacam ? Tergoda ?

You May Also Like

3 comments

  1. Menarik design dia tapi pengalaman pakai Samsung sebelum2 ni buat jadi serik. hehe.. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    BalasPadam