Ok ke guna headphone pada kanak kanak ni ?

by - Januari 20, 2021

Hari ni dah mula persekolahan dari rumah. Nak gi sekolah , tak leh.. Takut Covid 19 menyerang anak anak kecil kita. Huhuh... Nak cerita panjang pasal Covid 19 ni pun, korang dah meluat punya.. kan kan ? Penat hidup dalam 'ketakutan'. Bukan takut pada virus tapi virus yang tak takut dengan kita. Kan kan ?

Pembelajaran online nak kena guna laptop dan telefon pintar. Pastu nak kena guna headphone untuk pastikan kita dengar dengan lebih jelas dan tak nak ganggu orang sekeliling kita bila kelas sedang berlangsung. Kan kan ? 

Tapi masalahnya ialah.. apakah penggunaan headphone tu tidak memberi kesan pada anak anak kita untuk jangka masa panjang ? Ni yang merisaukan sesetengah ibu bapa termasuk aku. Tapi aku , takda la nak kasi anak anak aku layan headphone ni pun ! 

Kenapa ? Aku dulu kerap guna headphone layan lagu. Gi kerja , gi bersenam.. Sekarang aku terasa sesuatu pada telinga aku ! Cam berdesing ! Sebelah kanak telinga. Aku tak berani nak kata punca dari headphone tu ! Tapi aku tak nak amik risiko pada anak anak aku. Maka sebaiknya , aku elakkan mereka guna headphone selagi mereka belum dewasa. Buat masa ni, dengar je la dari speaker atau paling tidak pun, guna yang kaki basikal selalu guna.. 



Kesimpulan.. apakah headphone tak bagus untuk anak anak ? Boleh je tapi rendahkan suara dan hadkan penggunaan. Jangan terlalu lama dalam satu satu masa.  Boleh je google cari kajian kajian mengenai headphone ni di internet. 


You May Also Like

0 comments