Takkan rasa bersalah dengan DARK-CHOC HAZELNUT BUTTER ni !

by - Januari 30, 2021

Aku suka tengok rakan rakan di Instagram yang rajin post gambar atau video diorang workout. Boleh nampak perubahan mereka dek kerana komitmen berpanjangan. Bukan mudah sebab ramai kecundang dan akhirnya pilih jalan mudah.. hehehe..  Nak kurus dengan cara mudah ? Neh.. buat apa kurus tapi tak fit ! Buat apa kurus tapi tak sihat ! Kan ? 

Antara yang aku suka tengok komitmen Puan Amirah NurSaidah atau Koru ni. Bila tengok dia layan deadlift dengan beban yang aku tau memang boleh buat mereka yang tak biasa angkat , akan cirit kat situ gak atau boleh pitam ! Hahahaha... Nampak mudah tapi tanpa teknik yang betul... memang boleh patah pinggang ! 

Tapi yang paling best ialah tengok dia punya hasil.. Dari berisi ke slim dan seksi gitu ! Hahahah.. Tapi yang penting ialah sihat ! Komitmen gitu bukan mudah. Bukan saja kena rajin bersenam tapi paling utama ialah penjagaan makanan. Aku part ni payah... jujur cakap , memang gagal terutama belah malam. Adoi laaa.. memang kebuluran ! Tapi silap aku sendiri sebab tidur lewat. Layan Kdrama ler.. apa lagi. Huhuhu..

Dan bila lapar , kat dapur tu ada roti Gardenia Wholemeal dan jem coklat.. yang mana kalau aku makan, rasa bersalah teramat sebab lepas makan.. confirm akan tidur ! Huhu.. Bayangkan kalori yang perlu aku bakar tu ,  berganda ganda berbanding jika aku makan di siang hari ! Boleh baca di SINI.

Aku ternampak posting Koru... dia ada jual Dark Choc Hazelnut Butter yang boleh dimakan dengan roti. Kalori rendah sebab kandungan dia yang bukan seperti jenis jenis butter yang ada di pasaran. Haa , kiranya nak makan siang n malam tu , tak la menyesal sangat sebab kalori rendah ! 

Rasa dia ? Boleh tahan sedap ! Aku nak kata WOWWWW , SEDAPNYA.. nampak sangat bohong benar la review si blogger ni ! Hahahah. Tapi sungguh, kena ngan tekak aku. Kiranya nak makan untuk kenyang dan ada rasa sedap la gak. Aku pun tak nak la sedap giler babang punya rasa sebab nanti nak bertambah lak. Memadai untuk lapik perut di malam hari jer.. Huhuh.. Kan kan ??


Dark Choc HazelNut Butter oleh Koru


Nak beli , boleh DM kat Koru terus di Instagram dia... @AmirahNurSaidah / Koru atau boleh buat belian terus di SINI. Oh ya... dia buat sendiri tau.. Heee..
 

You May Also Like

1 comments

  1. UIII SEDAPNYA..HUHUHU MCMNA I NAK KURIH NI KALAU MKN HAHHH

    BalasPadam