Doktor Ana kagum pada cikgu ini mengajar sambil menjaga anaknya di wad hospital !

by - Januari 26, 2021

Kisah pembelajaran secara online masih hangat diperkatakan di media sosial. Sememangnya banyak masalah timbul bila melibatkan kelas online ni. Termasuklah untuk aku sendiri ! Masalah internet yang kerap putus memang bikin aku hangat hati ! Celcom aku guna.. Digi pun aku guna ! Tapi jap ok jap tidak ! Nak guna Unifi ? Memang tidak la.. Asyik takda port.. takda port ! Malas dah.. 

Bebenang dari Doktor Ana ni menarik perhatian aku dan ramai netizen di Twitter. Ceritanya memang bikin hati aku sayu. Ceritanya mengenai bagaimana cikgu ni , buat kelas online dan pada masa sama jaga anak dia. Jom baca.. 


" Salute!!  

Ini yang buat saya kagum pada cikgu ni! Anaknya masuk sebab jangkitan paru-paru Yang memerlukan oksigen, Masuk wad isolasi sebab nak screen utk covid. Saya tengah periksa anak nya, Mata saya ternampak laptop terpampang 'Kementerian Pendidikan Malaysia', 


Saya tanya, "Puan cikgu?" 

"Aah doktor, Saya nak buat kelas online ni.. Saya minta izin ya, saya tutup langsir semua tak nak ganggu pesakit lain.." 

Beberapa minit lepas tu dari jauh kami dengar beliau mengajar, 

"Differentiation for additional maths.."

Tenang melayan soalan pelajar, Haa.. Tengok semangat seorang guru. Anak nya tengah pakai oksigen di sebelah, sekali sekala anak merengek minta di pangku. Sambil sambung mengajar sambil dipangku anaknya.. 

Sambil kaki dihenjut untuk tenangkan si anak..

Sambil terus mengajar.. Murid-murid hanya nampak langsir hijau sebagai background yang sebenarnya langsir 'cubicle' di wad kanak-kanak hospital. 

Syabas cikgu! Kadangkala kita hanya nampak apa terpapar, Disebaliknya mungkin 1001 jerit perih dipihak sana.



Cikgu ngan Doktor.. dua dua aku respek mereka ni ! Di kala pandemik ni , mereka adalah insan insan yang banyak 'dikerah' fizikal dan mental untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar ! Dari segi perubatan mahupun pendidikan ! Tahniah buat anda semua ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Touching! Salute pada yang bersungguh dan ikhlas menjalankan tanggungjawab. Semoga berkat rezeki mereka ini dan dipermudahkan segala urusan mereka. Aamiinnn...

    BalasPadam
  2. Kannn, sungguh bertanggungjawab, tak kira di mana sekalipun.. Now ibubapa yang duk sibuk marah dan kata Cikgu dulu tu, haaa baru sekarang rasa, macam mana nak ajar anak-anak..

    BalasPadam