RMHC Malaysia sumbang RM100 ribu kepada 50 rumah anak yatim di seluruh negara

by - Ahad, Januari 10, 2021

 

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) baru-baru ini telah menyumbangkan sebanyak RM100 ribu kepada 50 buah rumah anak yatim di seluruh negara. Ianya sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk keprihatinan kebajikan kanak-kanak di negara ini, dan majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

En. Azmir Jaafar selaku Presiden RMHC Malaysia percaya bahawa setiap anak-anak berhak menikmati masa kanak-kanak yang bahagia, dan mereka berhak untuk membesar dengan kuat dan sihat. RMHC Malaysia komited untuk memberi impak positif kepada mereka.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan McDonald’s yang bermurah hati sudi menderma melalui “Tabung Merah” RMHC Malaysia dan juga Kios Pesan Sendiri (SOK) di lebih 300 cawangan McDonald’s di Malaysia. 

Mewakili kementerianya, Datuk Seri Rina berharap lebih banyak organisasi seperti RMHC Malaysia dan juga rakyat Malaysia sudi tampil dan terus membantu golongan yang kurang bernasib baik atas semangat #KitaJagaKita.  

Bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan RMHC Malaysia atau ingin menyalurkan sumbangan untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di Malaysia, bolehlah hubungi RMHC Malaysia sendiri di talian 03-7843 3388  atau melawati https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/



You May Also Like

1 comments