Gelagat Hari Pertama Persekolahan ( Belajar dari Rumah )

by - Rabu, Januari 20, 2021

 Yang di tunggu-tunggu telah tiba. Anak anak kembali ke sekolah tapi tanpa berpakaian seragam persekolahan. Masing masing terkilan. Dah bersedia dengan kasut baru... baju baru... beg baru.. tapi masih di rumah ! Kesian.. tapi nak kata apa dah ? Nak gi sekolah , takut dijangkiti virus. Walaupun di sekolah SOP ketat tapi kita sedia maklumlah dengan budak budak ni punya perangai.. kan ? Bukan senang nak perhatikan mereka. Cikgu pun ada banyak kerja nak diuruskan. Maka sebaiknya , belajar dari rumah dulu sehingga kes jangkitan ni ke paras selamat seperti yang sebelum ini. 

Kelas online persekolahan dimulakan oleh Zahra dulu. Tahun 1. Sesi perkenalan. Nasib baik murid kena hantar video jer. Kalau tak ? Nah... ginilah ! Dek kerana dah terlalu lama asyik tidur lewat.. bangun lewat.. maka.. Zzzzzzz di awal pagi ! Tapi abis je masa dia , terus lena atas meja. Tak sempat suruh buat apa apa kerja pun. Naya tul kalau gi sekolah macam ni ! Hahaha



Si abang ? Dia ni memang teruja bila melibatkan kawan kawan. Seronok dapat tengok kawan kawan sebaya. Pastu teruja nak bersoal jawab dengan cikgu. Kalau aku dulu ? Sah sah kamera video tu nampak dahi aku jer. Hahahha.. Tapi dia ni tak.. uuka nak melibatkan diri ! Adeh.. 

Malam Khamis ni , kelas Sains dan English lak. Huhuh.. Aku , kena teman sebelah dia. Takut masalah teknikal seperti kehilangan wifi dan juga laptop hang ! Huhuh.. 





You May Also Like

2 comments

  1. samalah anak saya, tidur lewat tapi terpaksan nak kena bangun awal ni. Ni baru nak belajar bangun awal balik - rutin baru

    BalasPadam