Jangan sesekali lupa siapa yang basuh berak korang tu !

by - Januari 12, 2021


Dulu , aku sering terfikir.. kalau aku ada anak , camana la nak basuh berak diorang ! Huhuhu. Aku rasa korang pun cam tu gak kan.. terutama lelaki ! Tapi ada je perempuan yang dah kawin pun, berak anak dia tak nak basuh. Geli sangat katanya.. Huhuhu..

Alhamdulillah.. aku dah jaga 3 orang anak aku sejak diorang kecil lagi. Takda pengasuh dan tak hantar rumah pengsauh pun. Dari mula lahir hinggalah dah tak guna diapers ! Er , Aariz masih lagi guna. Hurm... dah sampai masa kot nak stop guna. 5 tahun dah. Huhuhu.. Ok , tu isu lain. Nanti cerita camana nak hentikan anak dari guna diapers. 

Di rumah.. jika wife ada sekali pun , tugas basuh berak anak ni , aku yang buat. Hahaha.. Nak berbalah ngan bini pun tak guna. Lelaki kena beralah ! Buat je la. Geli ? Tolak tepi. Tu darah daging ko kot ! Huhuh.. Nak harap sapa lagi ? Pengasuh ? Hurm... 

Maka.. kita yang dah besar ni.. yang dah bijak pandai ni.. Yang dah bergaji besar ni.. Mau kena ingat kembali.  Jangan dok ingat lahir lahir , dah pandai berlari dan cari makan sendiri. Jangan sesekali kurang ajar dengan orang  tua kita ! Bersyukurlah mereka jaga kita dengan baik sekali. Bagi makan pakai dengan sempurna di kala mereka sendiri tidak cukup serba serbi. Bersyukurlah... 

Basuh berak anak bukan mudah ! Baru tengok najis kat diapers tu , ada yang dah muntah muntah ! Huhuh.. nak gambar tak ? Aku nak letak ni... nak ? Hahahaa..

You May Also Like

2 comments

  1. Suami isteri kenalah tolong menolong kat rumah termasuklah basuh berak anak.. Nak geli apa, kan tu anak kita sendiri 😁

    BalasPadam