KALAU nak 'selamat' sila ikut jer..

by - Khamis, Januari 07, 2021

Sekarang aku dah tau camna rasa bila mana kau terlibat dalam rantaian Covid 19 ! Aduh la.. senak perut rasanya. Bukan sebab takut mati tapi memikirkan kau punya rantaian dalam masa kau tak tau kau terlibat ! 

Ceritanya begini.. baru baru ni aku ada gi ziarah kenalan rapat aku. Ahli keluarga dia meninggal dunia. Aku kenal baik la dengan si arwah. Tu pasal aku pergi. Tak pergi , kita pun ada ahli keluarga, kan ? Kena ingat yang tu gak la. Huhuh.. 

Sampai di sana.. aku dan yang lain dimaklumkan arwah dan keluarga semua dah pernah buat swab test Covid 19. Maka semua clear la. Arwah meninggal dunia masih belum diketahui puncanya. Aku tak berani lagi nak masuk dalam rumah. Cuma berada di luar dan jumpa keluarga arwah. Kat sini , aku terlepas SOP ! Dek kerana yakin , tu yang aku terlupa.. Namun aku masih pakai face mask dan ada penjarakan fizikal. 

Selepas tu aku teruskan aktiviti seperti biasa.. Esok harinya , kawan aku maklumkan pada aku. Satu berita yang aku tergamam dibuatnya ! Teringat anak anak , kawan kawan serta tempat tempat yang aku dah gi. Tepuk dahi aku ! 

Maklumkan pada wife. Semua kena duduk rumah !! Dan aku terima mesej di Whatsapp. Terasa lega sedikit tapi aku masih teruskan duduk rumah. Huhuh. Pada masa yang sama , aku mencari infomasi yang berguna. 

Terasa nyesal lak terlupa SOP ! Terus terasa sakit tekak , sakit kepala..sesak nafas ! Simptomkah ?? Alaaaa.. jangan laaa... 

 ‼️‼️‼️‼️ *PERKEMBANGAN TERKINI* UNTUK URUSAN SWAB TEST, PKD SEPANG TELAH TETAPKAN BAHAWA HANYA MEREKA YANG *BERSENTUHAN (DIRECT) DENGAN ARWAH SAMA ADA SEMASA HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA* SAHAJA PERLU JALANI UJIAN SWAB BERKENAAN DI LOKASI DAN TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK 


Semalam , aku dapat berita rasmi dari ahli keluarganya. Tarik nafas lega abis aku ! Terus semua sakit hilang automatik ! Selera makan tiba tiba lain maciam ! Maggie 4 bungkus selamba je makan ! Sebelum tu, nak  makan pun takda selera. Drama Korea pun tak minat nak tengok. Dok pikir perancangan jika itu dan ini.. 

Alhamdulillah...semuanya selamat ! Dan sesungguhnya... tolonglah ikut SOP ! Sakit tu merbahaya atau tidak atau ada ubat bagai... masalahnya ialah KAU KENA ANGKUT SATU KELUARGA KOT ??? Kalau melibatkan orang tua , camana ? Aduh.... 

Dan perlu ingat... katil dah nak abis ! Haaa...






You May Also Like

0 comments