Nak kurus ! Tapi makan sedap sedap ! Camana tu ?

by - Januari 13, 2021

Ini antara masalah mereka , yang suka makan nasi ! Tak boleh tak makan nasi. Mengigil kepala lutut katanya kalau tak dapat nasi sehari. Dah dapat nasi , nak lauk sedap sedap pulak. Takkan nak makan nasi kosong je , kan ? 

Jujur aku bagitau korang.. aku pun out bab ni ! Kekadang nafsu makan tu datang.. aku bedal jer la ! Tak kira dah apa dah ! Kalori tinggi ke rendah ker..tak kisah dah ! Yang aku tau , lepas makan.. aku kena workout untuk bakar kalorie tu ! Tapi bukan mudah nak bakar kalori , ok ! 

Maka sebab itu, kita perlu tau.. perlu amik tau.. apa yang kita makan tu ! Jika kita nak turunkan berat badan dan nak kurus tapi sihat pada masa yang sama.. apa yang perlu di makan ! Apa kandungan dia.. berapa kalori dia ! Kandungan khasiat yang ada dalam makanan tu ! 

Google jer ? 

Ala.. malas laaa... Letih nak tengok handphone dah ! Buku ada ? Ahaa.. ada ! Aku baru je beli 2 buah buku resepi diet tulisan Tengku Asmadi. Saja nak tambah ilmu dan pada masa yang sama , wife aku dah buntu nak masak makanan untuk aku walaupun aku tak demand apa apa yang sedap ! Cuma aku tak nak makan makanan yang ada garam , lemak , gula dan berminyak yang banyak. Camana tu ? Hahaha.. 









Aku bukanlah jenis jaga makan sangat tapi kena beringat. Umur dah lebih 40 an. Luar nampak mantap.. tapi dalam sapalah yang tahu ! Haaaa... kan kan ? Huhuh.. Maka kena jaga jagalah. Makan sedap tu boleh.. tapi berpada pada. Janganlah selalu.. sesekali makan sedap, terasa nikmatnya.. Huhuh.. kan kan. 

Dalam tempoh PKP ni, kita jagalah diri kita sendiri. Janganlah masak tak jadi. Sayang makanan tu. Gunakan resepi yang mudah dalam buku ini untuk menikmati makanan dan pada masa yang sama... kita sihat ! 

Kata Tengku Asmadi.. 

Jika kurus yang anda kejar 
Maka kurus yang anda dapat

Jika cantik yang anda impikan 
Yes , cantik yang anda dapat

tapi.. 

Jika sihat jadi matlamat 
anda akan dapat sihat ,
kurus dan cantik ! 

Dapatkan buku Diet Viral  dan Nak Kurus ni di www.kitabfitness.com
Instagram : @kitab_fitness

 

You May Also Like

4 comments

  1. wah, resepi masakan sihat ni.
    inshaallah ingin mencobanya.

    Terima kasih berkongsi 👍

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Waahhhh membaca jambatan ilmu. Molek sgt laa ni buat pembakar azam tahun baru. 💪

    BalasPadam
  3. tu la.. saya ni tak dapat lagi nak istiqomah nak diet. huhu

    BalasPadam