'Live' Solo Ambush di Facebook mencari mahkluk halus menyeramkan !

by - Januari 27, 2021

Hurm.. dah beberapa kali aku 'tertonton' live Solo Ambush ni. Ada kawan pernah ajak layan live begini sebelum ni tapi aku malas nak layan. Cam takda kerja je malam malam nak tengok menda ni. Tapi di kala PKP ni , boring teramat tiap malam sebelum tidur.. aku layan la gak Solo Ambush mencari hantu di tempat tempat yang rare ni..

Bukanlah aku nak sangat tengok hantu ni tapi aku kagum dengan ' kegilaan' Solo Ambuh atau dikenali oleh peminat tegar dia sebagai Abang Hani ni. Bertemankan GhostBox dan EMF , Solo membuktikan pada penonton-penontonnya yang tempat tu 'panas' dan 'lumayan' sekali ! Hahaha...  macam cari cacing dalam tanah je dia buat !

Kalau korang rajin Google atau follow channel Solo Ambush , dia dah buat kerja sebagai penjejak mahkluk halus ni lama dah. Sampai ke hutan bunuh diri di Jepun tu pun dia dah redah ! Hahaha... Respek ar bro ! Nak wat kerja gini bukan calang calang hati mau kering. Ilmu pun kena ada. Bukan main redah jer haaa.. Sorang sorang lak tu dia gi ! Fuh.... padu !!

Dan setiap kali dia 'live' , yang tonton tu bukan sorang dua.. Macam semalam , aku tengok jumlah yang menonton tu, sehingga 11 ribu dalam satu masa. Hahaha.. Ramai jugak yer yang keboringan. Dan aku rasa yang tonton ni mesti orang bandar yang tak penah nampak hantu ni.. heheee.

Bila baca komen komen.. Aku cam... Woww ! Diorang kata diorang nampak bayang bayang dan sebagainya.. tapi aku tak nampak apa apa pun ! Power tul mata diorang. Hahaha...Boleh laaa layan menda ni dari drama rampas kekasih orang.






Ada yang pernah kata buat 'live streaming' ni boleh buat duit. Aku tak tau la camana sebenarnya. Ingatkan dari iklan.. Tapi rupanya, penonton sendiri boleh menyumbangkan pada idola mereka ! Fuh.. padu ! Macam nak tengok wayang gitu tapi bukan paksaan pun. Korang bagi atau keikhlasan atau sebagai tanda sokongan gitu. 

Satu star . 0.01 USD ! Haaaa.. bayangkan kalau seorang jer kasi 10 star. Aku malas nak kira. Hahaha.. Tapi pendapatan melalui 'star' ni dah bertahun tahun dah popular cuma aku je tak tau. Hahahaa.. dan sebab tu muncul ramai streamer terutama dalam 'online gaming' dan sebagainya. 

Gaming.. aku tak berapa nak layan. Heheheee... Tapi kalau redah begini mencari entiti tu.. anak anak aku pun sibuk nak join sama ! 

"Daddy, hantu tu ada ker ? " tanya Qhaliff.

"Ada.. kalau Qhaliff tak siap kerja sekolah , nanti Qhaliff boleh tengok daddy jadi hantu.." jawab aku.



Lumayan !

You May Also Like

0 comments