Restoran Berkat Madinah untuk mereka yang gemarkan makanan Arab terutamanya Kebab yang cukup sedap !

by - Khamis, Januari 21, 2021


Terliur aku masa menulis entri pasal Restoran Berkat Madinah ni. Macam nak terus gi sana je ! Hahahah.. Kenapa ? Fuh.. kalau korang pernah gi makan kat sini, mesti korang pun akan tersenyum punya bila aku kata gini.. kan kan ? Sedap sangat kan ? Haaaa.. Confirm akan tapau punya. Dan dia punya kenyang tu, memang sangat memuaskan hati. 

Restoran Berkat Madinah ni ada dua cawangan. Satu di Ampang dan satu lagi Kajang. Dua dua ni , boleh delivery terus ke rumah korang terutama di musim pandemik Covid 19 ni. Jangan risau sama sekali kalau terliur. Order jer.. nanti sampai ! 

Oh ya... sini makanan memang original yer ! Chef serta ramuan memang dari Arab punya. Air tangan asli gitu. Confirm puashati. Aku yang dah nikmati sebelum ni, memang terbayang sangat dah nak kembali ke sini. Tak perlu tunggu Ramadan dah nak nikmati makanan Arab ni bila tau adanya Restoran Berkat Madinah ni. Berbaloi ! 

Kebab dia.. kalau korang beli la kan... kan... jangan satu ! Hahaha.. Bukan tamak tapi sedap sangat. Bukan sebarangan kebab dia. Lain macam tul ! Patutlah mereka yang gi Arab Saudi tu, kalau cerita bab makan ni. fuh... kekenyangan sangat ! Puashati katanya. 

Nasi beriyani arab dia ? Waduh waduh... lazat sekali weh ! Aku yang memang pengemar nasi Arab ni , bertuah dapat rasa yang asli punya di Malaysia ni. Bagi yang pernah ke Arab , mesti merindui nasi Arab ni kan ? Tunggu apa lagi.. cuba laaa !





Delivery atau Penghantaran Terus ? Mestilah ada ! 
 
Kalau nak order secara online , mudah sangat. Klik SINI  terlebih dahulu kemudian , LOG NI. Tengok di bahagian atas sekali dalam web tu.. Haaaa.. Klik situ pastu register dulu. Barulah buat pilihan makanan dan bayaran. Tak susah pun kan ? 



Setiap Sabtu , 100% Lamb Kebab di jual tau ! Pastikan jangan terlepas. Hanya hari Sabtu saja. Hehehe.. Sedap woooo ! Hanya di cawangan Ampang saja. Kalau di Kajang , lain lak special dia. Leh tengok di bawah ni. 



Cawangan Restoran Berkat  Madinah : 

1. Ampang: 
18-L1, Jalan  Ampang Putra 6, 
Taman Putra Suliman, 68000 Ampang
Selangor 

2. Kajang: 
Ground Floor, 
Unit No. PA-S-17, PEARL AVENUE Shop 
Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang, Selangor DE


Food Panda : berkatmadinahrestaurant ( Ampang dan Kajang )

You May Also Like

2 comments

  1. Sedapnya Ya Allah. Tengok set keluarga tu rasa berbaloi sangat.

    BalasPadam
  2. lama tak makan lamb restoran arab ni...dulu suka lamb shank mr kabab,dah tak de la pulak huhuu

    BalasPadam