Supercube Molasses Herbs Drink , bagus untuk pencinta kesihatan seperti aku ni !

by - Sabtu, Januari 23, 2021


Ketika awal aku ditawarkan job Supercube - Molasses  Herbs Drink ni, aku main terima jer tanpa pikir panjang ! Sebabnya  aku  diberitahu oleh rakan aku yang produk aku review ni nanti adalah untuk kesihatan. Yer , aku ni kan pencinta kesihatan. Eceh... Ala..bukan sebab takut mati tapi aku tahu, dalam keadaan pandemik Covid 19 ni , hospital penuh ! Nak tak nak , aku kena jaga kesihatan diri aku sendiri. Jika sakit , masuk wad.. anak bini payah nak gi melawat ! Aku keseorangan di wad dan terdedah dengan risiko virus Covid 19 yang mana kerajaan mintak kita jauhi !! 

Selepas menerima produk ni, aku tak buat kajian lagi. Terus aku buka salah satu dan bancuh. Berbentuk cube dan mudah larut. Warna gelap dan rasanya cukup enak sekali. Aku cam.. amenda ni ? Hahahaa.. Kemudian barulah aku buat kajian mengenai bahan bahan yang terkandung dalam Supercube ni.. 

Ok... mula mula... bahan utama ialah Molasses atau gula hitam ! Nah.. patut wife aku kata manis sangat. Aku dah risau dah ! Apakah mempunyai gula yang mana aku sering elakkan dalam minuman dan pemakanan aku ? Bila aku tengok maklumat pemakanan yang terdapat pada kotak , komposisi tenaga adalah 44 kalori dan lemak , sifar ! Fuh.. dasat ! Kecil dan mudah dibakar. Dan tiada lemak ! Bagusnya.. 


Molasses Sugar dalam Supercube yang mana turut dikenali dengan  Black Sugar atau Japanese Black Sugar. Molasses yang digunakan dalam Supercube diproses dengan cara yang sama dan ianya dibuat di Malaysia. Maka , untuk memantau proses pembuatannya lebih mudah. Tebu diperah untuk mendapatkan cecair dan direbus berjam2 sehingga likat dan kemudian dikeraskan mengikut bentuk cube. 

Perbezaan dengan molasses sugar di pasaran ?  Kebanyakan molasses sugar dan juga gula perang di pasaran adalah hasil gula putih yang kemudiannya dicampur kembali dengan molasses syrup yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses yang dicampur lebih gelap lah gula putih tadi bertukar. Hasil seakan sama akan tetapi proses berlainan. Penghasilan molasses sugar Supercube adalah semulajadi dan tidak melalui proses pembuatan gula putih. 

Kelebihan: 

  1. Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang diproses adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang. 
  2. Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals. 
  


Supercube ada 3 jenis. Jom kita tengok apa kelebihan setiap satu. Kita mulakan dengan Ginger & Lavender (calm and soothe - help in soothing body and mind ) . Menjadi pilihan aku sebab ada ginger atau halia. Apa saja produk yang ada halia , aku mesti nak cuba dulu. Hehehe.. 

Digabungkan dengan Lavender yang ketahui umum betapa Lavender ni mempunyai banyak khasiat terutama pada kulit kita.  Walaupun diletakkan sebagai minuman herba , aku tak rasa pun macam minum herba tapi cam minum teh english gitu. Tetiba rasa duduk tepi taman di Paris. Huhuhu.. Rindu pulak kat Paris.. Eh.. haha. 

Ok.. apakah kelebihannya ? Seperti kita tahu, halia untuk mereka yang bermasalah dengan angin dalam badan. Kalau naik angin pun, sesuai minum.. boleh kasi relaks skit diri tu ! Tengah tengah stress ke.. haa.. sesuai ! Perut tak selesa pun digalakkan amik ni ! Maka standbylah satu dua kotak di rumah. 

Tak susah pun nak minum.. Koyak je plastik yang membaluti cube tu dan letakkan ke dalam air panas. Tunggu beberapa minit.. minum.. Ah, legaaaanya ! Seriuss.. syok sangat. Aku minum setiap pagi sebelum memulakan kerja. Kasi cool diri tu dulu. Heee.. Takda kentut kentut untuk buang angin aihh ! 



 Yang kedua... Nah , aku perkenalkan Osmanthus & Roses ( relax and heal - help in lowering stress level & getting quality deep sleep ). Ini kalau minum sebelum tidur.. aduh , terlupa kita yang mana kita sedang dalam keadaan pandemik ! Terlupa ada Covid 19. Mimpi indah indah belaka. Patut la ari tu aku mimpi kawin lagi. Eh .. jangan cite kat wife aku. Kang dia sorok Osmanthus & Roses ni lak ! Hahahaha.. 

Bunga Osmanthus ni banyak khasiat. Kalau korang rajin search , mesti cam wow ! Ala.. aku tau.. korang malas nak Google kan ? Hee.. ok , aku kongsikan sedikit kebaikan bunga Osmanthus ni.  Menurut kajian  Osmanthus mengandungi mikro meningkatkan kesihatan seperti Selenium, Cobalt, mangan, dan Molybdenum. Selain tu , Osmanthus ni dapat memberi semangat, melegakan minda dan menghilangkan keletihan serta merangsang pemikiran. Dikatakan juga Osmanthus juga menggalakkan kulit cantik.

Sudut pandangan doktor herba pula , Othmanthus berkesan untuk merawat buah pinggang berkhasiat, mengawal selia endokrin,baik untuk hati dan perut dan mengandungi asid palmitik, asid laurik, asid daging, pemutihan kulit, penyingkiran toksik,melegakan ketegangan, pengambilan kerap, penulenan fizikal dan mental, mengimbangkan sistem saraf dan meningkatkan selera makan. Kataya yang ada masalah sengugut pun sesuai minum. 

Tu diaa aih !  Punya la bagus tumbuhan ciptaan Allah ni. Nak ngan tak nak je kita manfaatkan. 

Ok.. yang ketiga.. ni bagus untuk ibu-ibu yang mengandung mahupun yang sedang dalam berpantang. Tapi aku minum gak. Bagus ! Bangun pagi pagi.. lawas perut aku. Hahaha.. Red Dates & Goji Berry ( noorish & boost - help in menstuation and pregnant mother ) . 

Yang ni lak , jika untuk ibu yang baru dapat baby.. boleh tambahkan susu , tambahkan tenaga dan yang ada masalah sengugut pon sesuai minum. Dan kelebihan Goji Berry ni sangatlah banyak. Haaaa.. jangan ingat ibu ibu je boleh minum tau. Boleh meningkat imunisasi badan , melindungi mata , stabilkan kandungan gula dalam badan , anti kanser , boleh mengelakkan kerosakan pada hati dan boleh membantu mereka yang ada depression. Dalam erti kata lain, melegakan la tekanan perasaan tu.. Gitulah dari pembacaan aku hasil dari Google ! 

Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A. Beberapa bahan yang digunakan adalah dari Malaysia seperti halia, diambil dari Bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China. Pensijilan Halal ada.. Jangan risau. 

Terpikat ? Aku lama dah terpikat ni ! Hahaha.. Kat mana nak beli ? Beli je online.. confirm bukan produk tiruan ! Harga pun mampu beli punya ! Boleh rujuk ke :

Facebook : Supercube.HQ
Instagram : Supercube.HQ

Oh ya... wakil jualan di Instagram , korang boleh je search dengan mengunakan #supercube ajer ! Senang. Ok ? Tunggu apa lagi ? Beli dan amalkan setiap hari... akan terasa perbezaannya ! InshaAllah. Ingat Ben.. ingat super cute.. eh , Supercube ! 



You May Also Like

35 comments

  1. Bagus sangat ni. Minuman herbs.. Bentuk kiub.. Ada macam2 jenis..

    BalasPadam
  2. Produk ni mmg bagus. Banyak membantu utk lena tidur. Abe sedang cuba Osmanthus & Roses, mmg rasa pun sedap

    BalasPadam
  3. comei bentuk dia, packaging pun lawa...! yg pnting baik utk kesihatan..

    BalasPadam
  4. Nice la bentuk cube macam ni. Banyak khasiat dalam satu cube

    BalasPadam
  5. Nampak menarik .. Terus teringin nak try jugak 🥰

    BalasPadam
  6. Wahh macam menarik sangat ni. Nanti try jugak lah

    BalasPadam
  7. Wah... mmg teruja rasa nak try ni. Kotak pun comel. Banyak benefit paling penting utk kesihatan.

    BalasPadam
  8. Menarik laaa... Mudah penyediaan nya. Sedap eh

    BalasPadam
  9. Mesti wangi sebab ada lavender n roses...

    BalasPadam
  10. Bagusnya, boleh cuba... Lagi 1 dalam bentuk cube ni, mudah kita nak bajet time nak bancuh tu....

    BalasPadam
  11. Mudahnya nak mnum skrg. tk yah beli asing2 dah teh & bunga. nice concept.

    BalasPadam
  12. Mudahnya nak mnum skrg. tk yah beli asing2 dah teh & bunga. nice concept.

    BalasPadam
  13. Ginger lavender tu macm menarik lak. Boleh untuk buang angin kan..

    BalasPadam
  14. bagus ni yg ada ada ginger tu,badan banyak angin eheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye sis, jika ada sebarang pertanyaan mengenai supercube atau berminat utk pembelian boleh wassup sy ye👇

      www.wasap.my/60148360316/Supercube

      Padam
  15. Banyaknya khasiat dia. Senang pulak tu nak minum.

    BalasPadam
  16. Uniknya dlm bntuk cube cmtu.xpernah tgok lagi. Bole cuba try nti ni ��

    BalasPadam
  17. Teringin nk rasa ginger lavender tu.. npk pun senang nk sediakan.. khasiat dia pun best

    BalasPadam
  18. Memang bestt!!!

    Paling best ginger lavendee sbb boleh buang angin!!

    Can roger me if nak order

    www.wasap.my/60132008017

    BalasPadam
  19. Supercube memang best! Caffeine free & mcm2 benefits. Whatsapp saya kalau nak cuba >> https://wa.link/ckrg1h

    BalasPadam
  20. Menarik dan sangat2 disyorkan bagi yang pentingkan kesihatan . Kita suka jugak yang halia tu. Mmg best ..

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum, terima kasih tuan atas perkongsian.

    Hi everyone nak cuba supercube ni tak? Jom wasap ika, ada percume MUG tu dgn pembelian 2 box any variant.

    Klik sini ya,

    Wasap.my/60105030497/BLNakSupercube

    BalasPadam
  22. Nak topup beli goji berry supercube molasses. Sedap betul

    BalasPadam
  23. Mmg best! Sy jual supercube ni byk testimoni yg bagus. Klu nk Cuba blh contact saya through ig @supercube.suha

    BalasPadam
  24. Supercube memang best!! Nak cuba boleh whatsapp eh..
    0175716352.

    BalasPadam
  25. assalamualaikum,

    sila order di sini

    https://app.supercube.my/14637

    Terima kasih.

    BalasPadam
  26. assalamualaikum,

    saya ambassador Ein, untuk dapatkan supercube boleh order di sini:-

    https://app.supercube.my/3151

    atau wassap sy di sini untuk COD sekitar klang/shah alam selangor:- https://linktr.ee/supercube.NS

    Terima kasih.

    BalasPadam
  27. SUPERCUBE TU CARA NAK CONSUME DIA MACAM MANA ?

    Oh senang je, tak ambil masa yang lama pun.

    Letakkan CUBE tu dalam cawan, lepas tu tuang dengan air panas.

    Tunggu cube tu larut sekejap, lepastu terus minum

    Kalau nak letak ais boleh ke ?

    Boleh je, lagi sedap.

    Tuang air panas sikit, biarkan cube tu larut, baru letak ais.

    Mudahkan?
    Untuk order, copy n search je link dibawah
    https://app.supercube.my/856

    BalasPadam