Banjir.. apa persiapan yang perlu dilakukan ?

by - Rabu, Januari 06, 2021

Bayangkan.. tempat tinggal kita tiba tiba dilanda banjir besar ! Apakah kita bersedia ? Apakah persediaan kita ? Apakah kita akan bergantung harap pada kerajaan ? Hurm.... Atau kita dah bersedia dari awal lagi ? Tapi apakah bentuk persediaan yang perlu kita buat ? 

Ok.. aku terfikir perkara ni selepas membaca kisah kisah rakan rakan yang sedang hadapi banjir di Pahang dan Johor.  Sesuatu yang tidak dijangka sama sekali. Bila air semakin tinggi, apakah perlu dibuat ? Perlu selamatkan diri tapi nak ke mana ?  Bagaimana pula bantuan belum sampai. Bagaimana dengan bekalan makanan ? Jika sakit , bagaimana dengan ubatan ?

Amik contoh apa yang sedang berlaku sekarang. Kes Covid 19.. awal awal dulu kata semua terkawal. Tapi sekarang , dah tak boleh dikawal. Pandai pandai la nak hidup sendiri. Nah... begitu juga jika berlaku bencana.. Kita orang 'kecil' ni , bukanlah keutamaan jika ada melibatkan orang ' besar' ! Maka perlu bersedia dari sekarang.



PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
  • Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
  • Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keadan baik.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting

SEMASA BANJIR -  SEMASA PEMINDAHAN
  • Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir

SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
  • Jika kenderaan anda tersangkut,kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir,Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

SEMASA BANJIR-DI DALAM RUMAH
  • Dengar pengunguman melalui radio,televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan
  • Jika mendapat amaran untuk berpindah,segera lakukan.

SEMASA BANJIR –DI LUAR RUMAH
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.

Ok... ni yang aku amik dari grup Malaysian Preppers. Sesungguhnya grup ni ada berkongsi maklumat serta info info berkenaan survival yang perlu kita ambil tahu. Bukan saja bersedia untuk bencana tapi juga dalam apa jua keadaan termasuk pandemik ! 

Berikut beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu. Antara kerosakkan yang boleh dielakkan jika persediaan dijalankan dengan betul adalah:
  1. Dokumen penting seperti surat beranak, sijil kahwin, geran kenderaan/hartanah, dll hendaklah diletakkan dalam satu tempat yang senang diakses dan kalis air.
  2. Barang kemas hendaklah diletakkan di tempat tersorok dan senang diakses supaya boleh dibawa bersama jika perlu.
  3. Sediakan Pakaian, makanan terus makan yang kering untuk 3 hari, wang bergantung kepada isi rumah(rm200), 1papan pil activated charcoal (trust me, I can write 1 whole post about it), powerbank.
  4. Sentiasa peka dengan amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan terutama musim monsoon. Pindah jika diminta. Kalau sempat sebelum diminta boleh pindah rumah sanak saudara yang jauh dari bencana. X perlu bol asalkan bov ok.
  5. Bersihkan longkang, wall mountkan tv anda, cabut semua plug, tinggikan sedikit peralatan elektrik seperti mesin basuh dan peti ais (guna batu je)
Diatas itu merupakan contoh perkara yang kita boleh lakukan berdasarkan satu jenis bencana. Untuk bersedia kita kena faham risiko mana yang lebih besar dan risiko mana yang berpotensi untuk berlaku.
Sakit perut itu bencana. Kesengsaraannya kecil kalau sakit perut di rumah sendiri tetapi kesengsaraannya besar kalau berlaku semasa di atas jalan yang jem pada musim perayaan.
Untuk penulisan akan datang kita akan lihat bagaimanakah untuk mengakses risiko, kerosakkan, dan kepentingan persediaan. Doakan semoga saya rajin menulis.


Semoga bermanfaat.

You May Also Like

0 comments