Tonton 10 Tips Tipu Bini terbitan Awie di..

by - Sabtu, Januari 23, 2021




10 Tips Tipu Bini terbitan Awie yang buat pertama kali ni , memang menghiburkan sangat. Hahaha.. Aku malas nak tengok dengan wife. Kang dia asyik menjeling je kat aku. Hahaha.. Syak bukan bukan gitu. Aku layan masa bersenam. Hahaha.. Wife ajak tonton sama selepas aku cakap best.

Sejujurnya, aku cakap.. aku download citer ni kat satu channel tapi tak abis pun tengok. Saja nak tengok awal awal.. best ke tak ? Bila dah confirm best , aku delete dan langgan di Astro First.. sebagai tanda support aku pada Awie Wings ! Yer.. aku memang peminat Awie dan Amy Search. Membesar layan lagu lagu diorang. Huhuh.. Citer lakonan Awie pun jarang tak best ... Best belaka ! Hahaha.. Bukan fanatik tau ! Tapi memang minat la.. minat sebab lagu dan lakonan dia. Tu jer. 

Ok.. citer ni nampak macam mengajar para suami ! Tapi sebenarnya tidak sama sekali ! Citer ni lebih pada mendedahkan bagaimana para suami hidung belang menggunakan  pelbagai tipu helah pada isteri mereka. Abis la pasni.. trick trick power dah diketahui mereka. 

Para pelakon.. memang geng geng Awie la. Bab lakonan , tak yah citer. Awek awek dalam ni pun cun cun belaka. Hahaha.. Bagus umpan Ahwieeeee  !  Dan lawak lawak dia , memang lawak old skol. Tapi yang bagusnya ialah penerapan nilai nilai positif secara tidak langsung tu ada. Bukan sekadar hiburan kosong dan lawak bangang gitu. 

Sebab tu aku syorkan kat korang... dan tontonlah dari sumber yang sebenar supaya Awie dapat buat lebih banyak cerita cerita santai berpengajaran begini. Nak layan cerita berat , aku tak larat nak sedih sedih di kala pandemik ni. Letih tengok angka angka 'positif'' ! 

Bagi aku.. citer ni boleh tengok berkali kali. Berbaloi layan di kala boring. 



 

You May Also Like

1 comments

  1. Tak baik la tipu bini ............ nanti bini tipu kita, meraung.

    BalasPadam