Orang lelaki kena amalkan senaman ini untuk kuatkan...

by - Januari 04, 2021

Kesan jangka panjang bila kita malas memang naya pada tubuh badan kita ! Sebab tu dulu orang tua tua ada ajar teknik teknik meregangkan badan untuk elak sakit badan bila dah berumur ! Bila sebut berumur ni, bukan usia 60-70 tahun tapi atas 30 tahun dah mula rasa ! Ko pikir 30 tu muda lagi ??? Hehehee.. 20 an tu muda !


Ok...meregangkan badan amat penting setiap pagi ! Kiranya lepas solat subuh tu , buatlah yer. Banyak manfaatnya ! Sebab tu orang dulu dulu, banyak anak ! Hahahaha.. Bukan sebab diorang tak de apa nak buat tapi sebab diorang punya tubuh badan mantap luar dalam ! Bukan macam sekarang.. Nampak mantap tapi lembik ! Haaaa ! Jangan gelak tau.. Realiti ! Nak nampak mantap , makan ubat ! Tu la dia.. bila dah umur 40 an sakit sana sini. Huhuhu.. Darah tinggi, jantung, kencing manis, sakit pinggang.. semua tu berpunca dari kesilapan dari masa muda la ! Tu belum lagi part lemah tenaga batin. Hahaha.. 

Jom tengok beberapa senaman ringkas tradsional melayu yang tuk nenek kita amalkan dulu. Banyak manfaat. Lancarkan pernafasan , perjalanan darah dan sebagainya.

Senaman Pertama
Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut dan bahu harus terbuka lebar. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga paru-paru terasa penuh dengan udara. Tahan nafas dan biarkan udara berada di dalam paru-paru sekitar tujuh saat sebelum ia dihembus keluar secara perlahan sehingga paru-paru terasa kosong. Ketika udara dihembus, perut hendaklah dikempiskan dan tumpu tenaga ke arah dada. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.

Kebaikan:

Senaman ini seelok-eloknya dilakukan di subuh hari kerana ia melibatkan proses pertukaran udara badan. Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang terutamanya di bahagian tengah belakang.

Senaman Kedua

Duduk dalam keadaan dua tumit kaki bertemu dan bawakan ia hampir dengan kemaluan. Tegakkan belakang. Tarik nafas hingga paru-paru terasa penuh secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, tekan kedua-dua kepala lutut dengan tapak tangan (kiri dan kanan) supaya lutut dapat mencecah lantai. Jika tidak boleh, buat setakat termampu. Tahan nafas selama tujuh saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.


Dari kedudukan sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat paha di bahagian paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujung paha ke pangkal paha . . Selepas itu lepaskan nafas.

Senaman Ketiga

Duduk bersila dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan dan tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan sambil menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan. Lutut seboleh-bolehnya mencecah lantai. . Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas dilepaskan secara perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan tubuh ke depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Jejakkan kepala ke lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan asal dan hembuskan nafas.

Kebaikan:

Gerakan ini mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang.


Senaman Keempat

Duduk bersila dan tegakkan belakang. Tarik nafas sambil tangan kanan didepa separas bahu dengan lurus ke arah depan sambil menarik nafas. Manakala tangan kiri di angkat separas bahu juga ke arah sisi badan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali sebelum nafas dihembus keluar.

Pastu senaman senaman seterusnya sehinggga 13 , korang boleh tengok kat link SINI. Rajin rajin amalkan untuk dapatkan manfaatnya. Bukan untuk orang tua je tau.. Dan jangan pandang enteng senaman senaman ni. Kalau amalkan , tak perlu dah nak sibuk sibuk pergi ke pusat fisioterapi. InshaAllah.




Ok.. jom tengok senaman harimau lak. Nah... ini senaman sangat bagus untuk tenaga batin. Budak budak sekarang malas nak buat. Katanya tak sempat. Dok sibuk kat Twitter atau main game ! Huhuhu.. Sebab tu bertarung tak sampai seminit.. Lalalaalalaa..


Padi Bukit

1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali

Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.


Nafas Pertapa

1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali

Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

Ok.. ada lagi 6 gerakkan. Aku tak nak copy semua. Korang boleh tengok sendiri kat blog Senaman Harimau ni. Hehehe.. Macam aku kata tadi , senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.

Kalau malas nak buat senaman senaman tradsional ni , korang buat je la senaman nak main bola atau nak berjogging. Yang penting.... yang penting ialah panaskan otot otot sebelum nak melakukan apa apa jua pergerakkan. Macam kereta la.. kasi panas enjin dulu sebelum nak bergerak. Barulah tahan lama enjin tu kan ?

Ingat.. badan mau pakai lama ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Bhai Ben...

    Hahaha... ini senaman Kagel nih... Hahaha ... time hujan-hujan nih...

    BalasPadam
  2. wahhh ok jap lagi nak cuba.... bosan gak duk hadap pc je..hahahah

    BalasPadam