Tips nak kurus dengan mudah !

by - Ahad, Jun 07, 2020

Stress sebenarnya tengok badan naik ni kan ? Bukan sebab risau orang nak kutuk tapi sebab pengerakkan jadi sedikit terganggu. Jadi tak fit dan malas je rasa. Kan kan ? Keja nak membuta jer. kan kan ? 

Tak kisah la apa pun alasan kita tapi dah tiba masa untuk ubah sebelum terlambat. Ada yang kata puasa je pon dah ok. Betul ! Serius memang betul. Tapi kan..  kalau gabung sekali dengan apa yang aku buat ni , inshaAllah hasilnya lagi gempak ! Yer , aku dah buat 3 hari. InshaAllah sehari dua lagi memandangkan aku baru top up stok.

Apa yang aku buat ? Aku buat jus sayur yang mana aku dulu suka buat tapi dek kerana GST beberapa tahun lepas , aku tak boleh nak teruskan minat tu . Barang jadi mahal kau ! Sekarang ni ok la skit.. Beli banyak ni dapat la stok 3-4 hari. 

Kesannya ? Alhamdulillah.. mata jadi lebih terang berbanding sebelum amik jus sayur ni. Pastu badan jadi ringan. Sistem pencernaan pun cun jer. Berbanding sebelum ni... nak membuang pun masalah. Maklumlah , terlalu bnyak protein dalam diet harian. Tu jadi masalah. Makan bukan bukan pun banyak jer.. Huhuh.. 

Bahan bahan ? Hurm.. aku punya lebih pada untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi... Ada beet root , celery , carrot , tomato , timun , sayur kale dan lemon. Kalau ada epal hijau , air tu lagi sedap tapi bila sedap... takkan sampai 3 hari ! Hahaha..


Bila amalkan jus ni , cukup ke tenaga untuk aktiviti harian. Hurm... Gini je.. Kalau nak betul betul , korang tak leh sentuh makanan yang diproses. Sepanjang 3-4 hari tu , korang kena amik makanan berasas sayur jer. Kesannya memang best sangat.. Tapi jika tak mampu , cuba la makan buah juga. Jangan makan nasi tau ! Tak lama pun... Untuk kesihatan gak.. 

Macam ari ni,.. awal pagi aku dah bersenam.. pastu basuh kereta , basuh longkang , jemur pakaian. Pastu kang nak keluar jap. Malam , kena tidur awal. Bangun pun awal. Maka segalanya kembali normal. InshaAllah.. baru badan sihat. Pastu bila puasa , cun jer ! Baru syok badan. 



Campurkan semua bahan tu. Pastu perah lemon. Hehehe... Siap ! Simpan dalam peti ais. Minum pagi , tengahari dan malam. Bila lapar pun try la minum. InshaAllah kenyang sekejap.. Hehehe.. Kata nak kurus.. kena la berkorban.. 

Dan jangan lupa.. Bersenam yer . Kalau malas , buat je jumping jack jer .. lompat bintang haa ! Sehari 100 kali jer.. Bukan sekali gus pun nak buat.. Dalam masa 24 jam. Ok ? Jangan kasi alasan lagi.. Ingat, kesihatan kita ni mahal harganya. Jangan sampai kehilangannya ! 



You May Also Like

8 comments

  1. Bgs ni minuman sihat kena amalkan selalu...aduhh bila lagi nk mula berdetox balik😂

    BalasPadam
  2. Nice sharing bolehlah ai try lepas ni

    BalasPadam
  3. Sedap tak air tu? Risau tengok warnanya. Heee

    BalasPadam
  4. Wuhuuu jus sihat ni. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
  5. Alamak. memang kebetulan sangat post ni. Niat memang nak start diet dah hehe

    BalasPadam
  6. Boleh marsha dan suami cuba...tips sihat juga ni

    BalasPadam
  7. Bagusnya amalkan makan sayur. Bukan kurus je.dapat sihat lagi

    BalasPadam