Maaf ! Aku sokong kenyataan Fynn Jamal kali ni ! - BEN ASHAARI

Maaf ! Aku sokong kenyataan Fynn Jamal kali ni !

Hurm.. aku pikir panjang untuk tulis pasal ni. Yelah , isu ni besar pemahaman dia. Bukan mudah untuk faham orang sebenarnya. Yang perempuan mesti tak suka sebab dituduh jadi penyebab.. kan ? Sudahlah mangsa pun mereka.. Tak kira usia lak tu ! 

Kan kan ? Sebenarnya , perkara ni mudah jer.. Kita fahami konsep KITA JAGA KITA jer.. Tapi sebelum tu, meh fahami kes ni dulu..





Ada dua point yang aku nampak Fynn diserang. Pertama , perempuan dituduh jadi punca kepada kebangkitan syawat lelaki. Dan kedua ialah si isteri kononnya jadi hamba seks pada suami. Hurm... Pendapat aku ? 

Ok.. Benar lelaki kena tundukkan pandangan dia. Jaga mata , jaga hati.. Tapi kena ingat.. Kewujudan syaitan ! Ujian buat lelaki. Tapi jika perempuan seperti lelaki juga yakni jaga aurat , jaga pemakaian .. dan dua dua jaga batas pergaulan... NAFSU tidak akan dapat dibangkitkan ! Maka tiada kes rogol akan berlaku.. tiada kes 'isteri hamba seks' juga berlaku ! Mudah je kan ? 

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ikan 'menari nari' depan kucing. Kucing dah tutup mata sedaya upaya. Istighfar... solat... tapi kalau sekali dua , boleh dilawan.. jika terlalu kerap.. camana lak? Boleh lingkup iman woii ! Melainkan jika si kucing tu menjauhi ikan ikan tu... InshaAllah selamat.

Aku tak nak ulas panjang bab ni. Yang penting, kita sama sama kena jaga diri kita. Jangan jadi PUNCA. Lelaki jauhi kepada punca punca yang menaikkan syawat ! Bila naik syawat , kambing pun leh jadi mangaa ! Bukan bayi atau nenek tua jer ! Dasat kan ? Syawat ni tak nampak. Tapi membutakan mata dan hati ! 

Yer.. nafsu syawat ni pelik ! Tak dapat nak digambarkan. Yer..ditambah lagi dengan bisikan si Iblis.. Adam sendiri pun tewas ! Tergadai syurga dek kerana bisikan Iblis ! Tu Adam tuu.. Ni pulak kita ! Huhu.. Jangan pandang ringan bab nafsu syahwat dan bisikan iblis ! 



Perempuan zaman sekarang kena letak tinggi darjat mereka. Perlu jadi MAHAL. Mereka bijak orangnya tapi kenapa boleh pamerkan diri mereka untuk tatapan umum di media sosial ? Untuk apa ? Pada siapa untuk mereka tayang ? Untuk dapatkan banyak LIKES dan KOMEN MANIS MANIS gitu ? Huhuhhu... Bukankah itu dah 'jual murah' ? 

Lelaki pulak.. jauhi dari semua ni. Aku sendiri pun dah ramai UNFOLLOW dan UNFRIEND mereka yang gemar post gambar yang mengoda. Sekali dua ok la.. Tapi terlalu kerap , aku sendiri pun risau diri aku weh ! Hahahaha.. Aku manusia normal. Lebih baik aku jauhi sebelum tergoda. 

Akhir kata... Kita jangan jadi PUNCA. Tak kira lelaki.. tak kira perempuan ! Sama sama kena jaga. Yer, aku tau.. akan ada yang menafikan dan ego untuk mengiyakan kebenaran. Maka kita amik perintah Allah sebagai panduan. Mudah je kan ? 

Masih tak faham lagi ? Duduk atas kerusi dan tenung cermin. Fikirlah.. apa tujuan kita di atas dunia ini.. Jika virus Covid 19 dah cukup benar.. api neraka tu apatah lagi. 

Sama sama kita ubah. Yang lepas tu , kita mohon kemaafan.. 

1 ulasan:

  1. Isu yg dibangkitkan jadi isu yang dah lama ada. Kadang manusia ni dalam mode denial sbb dia sendiri buat macam tu. Dia tak nak diperkatakan seperti itu tapi dia tetap nak buat begitu.

    Yang tak setuju dengan dia, mungkin rsa dia bukan sesiapa yang alim untuk beri hujah sedangkan sesiapa boleh berkata2 dengan ilmu yang dia ada utk pengajaran ramai pihak

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.