SOP bersukan gagal dipatuhi ! - BEN ASHAARI

SOP bersukan gagal dipatuhi !

Dalam perjalanan pulang ke rumah. Lalu depan mini Stadium Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Kelihatan ramai sedang berjogging. Perghhh.. Meriaah weh !! Tapi dia punya meriah sampai lupa SOP ! Apa SOP berjogging ni ??? 

Jarak 1 meter dengan individu lain ! Tapi dia punya lari berkumpulan macam.. pergh.. badan dah divaksinkan dengan cemerlangnya ! Begitu juga aku tengok sukan sukan lain seperti berbasikal. Dia punya berkayuh rapat rapat tu.. Haishh..

Ingat ! Jika kita gagal patuhi , kita akan berdepan sekali lagi dengan gelombang Covid19 dan membuatkan kita berbulan kembali ke dalam rumah ! Bila ini berlaku, ramai akan kehilangan pekerjaan !!! Ramai akan hilang punca pendapatan !! Aku tau korang tak kisah tapi lihatlah sekeliling korang.. jiran tetangga.. kawan kawan di media sosial yang mengeluh hilang punca pendapatan. Anak anak pula tidak bersekolah ! Semua ni berlaku jika kita tidak endahkan amaran yang diberikan oleh Kerajaan. 




Kita belum capai lagi sifar kes ! Masih banyak kes kes aktif terutama di Semenanjung Malaysia. Setiap hari ada je kes kes baru. Kerajaan membenarkan kita semua 'bebas' adalah untuk kebaikan kita bersama. Menjana semula ekonomi negara. 

Tolong... tolong kita sama sama.. Kita jaga kita ! Kalau korang pikir korang dah bebas , kita takda beza la dengan negara USA tu nanti ! Menghitung kematian selepas ni !! 

Nak bersenam... silakan... Jangan berlakon depan kamera ! Demi keselamatan kita semua. Korang nak bawak balik virus ke dalam rumah , silakan. Pastu siaplah.. seluruh taman perumahan serta rangkaian korang kena PKP D ! 

10 ulasan:

  1. Ya bila berlari dalam taman dah xdak dah yg ikut SOP

    BalasPadam
  2. takutnya..x pasal2 kluster joging plak nanti..aiyoo..para pejoging take note

    BalasPadam
  3. Mulai 10hb, yg balik dari oversea kuarantinkan diri sendiri. Risau juga kalau ada yang tak kuarantin.. tak fikir orang lain. Huhu

    BalasPadam
  4. Yang penting follow sop..jgn selfish..kita jaga diri sendiri,secara x langsung #kitaJagaKita

    BalasPadam
  5. Haa bahaya kan. Lain rupanya beza antara 1meter aktiviti biasa dengan berjogging

    BalasPadam
  6. payah nak kontrol kalau diri sendiri tak jaga diri masing2 huhu

    BalasPadam
  7. InshaAllah semoga Allah perlihara MAlaysia..

    BalasPadam
  8. Macam tu la. Dh bgi kelonggran kenela ikut sop.. Jangan selfish

    BalasPadam
  9. Jauh juga jarak sosial jika berjogging ni...nasib baik ben share

    BalasPadam
  10. Manusia mudah lupa. Huhuhu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.