Kesegaran Koolit untuk kecantikan kulit anda !

by - Jun 15, 2020

Mencari produk untuk penjagaan diri sendiri ? Atau mungkin nak hadiahkan pada yang tersayang ? Yer.. aku tahu. Ada banyak produk produk penjagaan diri di luar sana tu atau dalam media sosial ni , kan ? Sampai tak tau nak pilih yang mana.. kan kan ? 

Ok ok.. Kalau mengikut tips yang aku baca laa kan.. kalau nak membeli produk produk penjagaan diri ni ada bebarapa langkah yang disyorkan.. Nak tau ? Nah... ini yang aku tau la.. Hasil dari bekas awek jiran aku share.. Ececece... dan dan awek jiran yer ! Hahahaha.. 

Dah.. jangan buang masa.. Jom sambung baca ! Kalau mencari produk penjagaan diri , korang kena perhatian beberapa aspek ni.. 
  1. Produk natural dan mesra alam. 
  2. Fokus bahagian penting seperti muka atau anggota badan. 
  3. Harga mampu milik 
  4. Produk tempatan ( cintai buatan tempatan )
  5. Trend terkini ( mesti kajian lebih mendalam kan ? )



Nah.. ini produk terkini di pasaran.  Produk Natural ! Set penjagaan kulit dari Koolit yang mana turut diperkayakan dengan Ekstrak Akar Manis yang mana ianya bertindak sebagai anti-radang, serta mampu memberikan 40 kali antioksidan serta membantu mencerahkan kulit.  Kelebihannya ialah mampu menyerapan lebih pantas ke dalam kulit yang mana akan melambatkan proses kehilangan air epidermis (TEWL) 20% dalam masa 24 jam. Pengguna akan merasai perubahan ketara selepas penggunaan selama 4 minggu. Set Koolit ni mempunyai Pensijilan GMP dan selamat digunakan untuk bayi juga. Seluruh badan yer. Harga berpatutan , efektif dan terbukti selamat digunakan. Yer , aku dah guna pun sekarang ni. Haaa , gituu.. Dari Koolit untuk kulit ! 

Ada 3 produk yer dalam satu set. Dimulai dengan Koolit Gentle Body Wash. Guna masa mandi tau ! Hehehe.. Tak perlu bilas air dulu sebelum nak ratakan pada kulit. Dah boleh terus ratakan je.. Pastu baru bilas dengan air. Koolit Gentle Body Wash ni mengandungi vitamin E dan C yang diperlukan untuk kulit kita.  Sekali pam untuk sekali mandian dah mencukupi yer.. Bau wangiannya bagi aku tak la ketara sangat tapi sesuai dengan hidung aku. Lembut je baunya. Oh ya, disahkan selamat oleh perbadanan antarabangsa IFRA. 


Lepas mandi , lap kasi kering. Pastu sapu losyen.  Aku akan fokus pada bahagian lengan dan siku aku yang mudah kering.. lebih lagi siku ! Naik kering dan hitam dah kat situ ! Haish.. Bukan tak jaga tauu.. tapi dah macam macam aku letak.. Maka sekarang aku guna Koolit Soothing Lotion. Alhamdulillah , ada la nampak beza skit. Tak la kering tanpa losyen. Hehehe.. Bagusnya , ianya tak melekit ! 

Oh ya.. diperkayakan dengan minyak Jojoba dan vitamen E. Mampu serap dalam masa 10 saat jer.. Mereka yang berkulit biasa dan kering , sesuai guna ! 




Ok.. selepas tu , aku akan guna Koolit Calming Cream. Yang ni , aku akan sapu pada tapak kaki dan juga tapak tangan aku yang pecah pecah dek kerana kering. Tapak tangan sebab dok bersenam ( pegang besi ). Bila guna 2-3 kali dah nampak kesan positif ! Alhamdulillah. Terasa tiba tiba cam tangan anak dara. Hahahaha.. 

Koolit Calming Cream ni turut mengandungi vitamin E semulajadi , minyak zaitun bagi melembabkan kulit. Sesuai untuk kulit biasa dan kulit kering. Bayi pun leh pakai. Tiada wangian ! Haa.. 



Amacam ? Korang jangan sekali dua je pakai pastu tunggu hasil ! Tak leh tu.. Salah ! Kena konsisten selama 4 minggu untuk dapatkan hasil terbaik. Haa.. pastu teruskan je amal guna. Baru betul. Jangan dah ok pastu, biarkan jer.. Salah dah tu ! Kena konsisten. Tau ?

Mana nak beli ? Di Watson dah ada jual. Korang boleh dapatkan kat sana. Aku tak jual. Hahaha.. Nak kata malas nak keluar la tu , kan ? Hahaha.. Tak peee.. aku tau ! Aku pun malas nak keluar rumah buat masa ni. Kurangkan risiko kan ? Ok... beli je secara online ! Suka ? Aku tau... aku pun suka ! Hahaha.. 

Selamat BerKoolit ! 

Facebook: www.facebook.com/koolitmy 
Instagram: www.instagram.com/koolitmy
Watsons: https://bit.ly/2S47Jio
Shopee: shopee.com.my/naturaloptions.os
Web:  www.mynaturaloption.com

You May Also Like

15 comments

  1. Koolit ini best.. Buat kulit lembap dan bau dia pun menyenangkan.

    BalasPadam
  2. Anak ita pakai produk ni .. kita pon pakai jugak hehehe .. Nampak ada perubahan dan nampak keserasian ngan dia sebab kulit yang gatal2 mudah hilang dan kurang menggaru2 waktu malam ..

    BalasPadam
  3. πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

    BalasPadam
  4. Ramai nampak pakai ni. Baca testimoni pun semua ckp bgus

    BalasPadam
  5. Tu la kan masalahnya orang selalu taknak sabar dan jadilah tak konsisten

    BalasPadam
  6. Uish untuk kulit tapak kaki pun boleh ke tu aben? Best bestt terbaikk lah koolit!

    BalasPadam
  7. Tapak kaki mommy memang merekah. Lagi-lagi dekat tumit tu. Nak try la koolit calming cream

    BalasPadam
  8. mula2 baca nama koolit ingat jenama air minum hehehe

    BalasPadam
  9. mmg tgh mncari yg ini la selama ni

    BalasPadam
  10. Untok kulit muka bole ke

    BalasPadam
  11. Untok kulit muka bole ke

    BalasPadam
  12. Memang sesuaila utk Fiza yang alami kulit kering

    BalasPadam