Bagus ke mesin air Coway ni ?

by - Khamis, Jun 04, 2020


Aku dah guna mesin ni masuk 2 tahun. Setakat ni , 2 kali juruteknik datang repair. Kes pertama melibatkan kelewatan pertukaran suhu air yakni dari panas ke sejuk. Dah dibaiki. Ok la aku puashati. Dan yang terbaru,  ialah dalam bulan puasa ari tu. Air sejuk tak berfungsi. Jadi suam jer semua. Air panas ok la... Tak pasal pasal kena simpan air dalam peti ais untuk dapatkan air sejuk. 

Aku dah mintak Cody ( petugas Coway yang datang buat servis ) , tolong buatkan report. 2 kali. Namun tiada apa apa tindakan dari Coway. Krik krik jer.. Dia mintak aku call sendiri. Aku pun call la. Talian 1800 .  Berdering tapi terputus begitu saja Bila cuba lagi tak dapat terus. Dan pernah dijawab mesin tapi takda orang jawab.

Oh ya.. Cody Coway aku ni bagus. Ada 2 orang. Yang satu tu, amanah orangnya. Selalu  tolong bayarkan duit sewa Coway aku ni. Aku mintak tolong . Aku tak nak buat potongan. Buat bayaran 3-4 bulan sekali gus. Dia la buatkan. Aku tranfer duit kat dia. Dia uruskan pastu. Dan memang dia terus buatkan. Huhuh.. 

Sambung... Ha.. Angin satu badan ! Ada yang nasihatkan aku untuk buat report di web rasmi Coway. Aku pun buatlah.  Report diterima tapi tiada balasan. 3 minggu mesin air bermasalah. Hurm.. Sabar je la.. Ikut hati memang mati la. Tapi tak pe la.. Kita tunggu seminggu lagi. 

Dan minggu lepas.. Aku berjaya cakap dengan call center. Katanya report aku baru masuk sehari sebelum aku call tu ! What ????? Diorang baru bukak sistem ke ? Bila aku tanya.. katanya diorang punya kakitangan yang terhad dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan.  Aku faham tapi sekurang kurangnya naikkan la satu memo atau notis di laman web , Facebook atau juga di dalam tol free tu ! Maklumkan yang perkhidmatan servis maintenance tergendala sehingga dimaklumkan kelak. Ni tak da la.. Adehh... 

Ok sambung.. Telefonis call center tu bagitau , petang tu technician akan call untuk buat temujanji servis. Ok fine.... Aku tunggu... Dari sesaat , seminit , sejam bertukar ke sehari.. demi hari dan akhirnya cukuplah seminggu ! Hahahahaa.. 

Akirnya aku terima panggilan. Petang tu datang la juruteknik. Sepuluh minit dia buat check.. katanya  board masalah. Relay air sejuk punya hal. Dia bawak spare part. Tapi sayangnya, lain size lak. Katanya la.. Dia minta maaf dan mintak datang esok. Aku ok je la. Takda pun nak marah marah. Asalkan elok dah la.. 

Aku tanya pada dia.. Boleh mintak rebet tak pad Coway dek kerana mesin ni rosak ??  Saja je la.. Tak harap pun ! Hahaha.. Dia terkejut. Kena tanya HQ tu katanya. Aku senyum je la.. Dia pun balik. Esoknya dia sampai selepas buat panggilan mengenai kehadirannya. Tak sampai 10 minit , segalanya siap. 

Dan air sejuk kembali pulih. Leganyaa.. Bergelas gelas aku minum. Hahaha.. Dia punya air sejuk lain sikit. Apa tambahan mineral dia pun aku tak tau la.. Hahaha.. Tapi sedap la.. 

Ahaa.. Berbalik kepada soalan aku.. Mesin air coway ni ok ke tak ? Jawapan aku ialah semua sama jer.  Ikut la berapa bajet korang. Aku ada guna Cuckoo gak sebelum ni. Servis pun ok... Coway pun ok. Yang penting , bajet korang dan juga jika berlaku kes kes macam sekarang ni yakni ekonomi meleset , apakah korang mampu bayar juga ? Haa.. Jangan ingat korang bergaji besar pastu amik kaw kaw punya mesin !! Haaa , kang tak terbayar.. nayaa !  

Dan aku mintak , agen agen dan juga jurujual mesin air  tak kira brand ni.. janganlah sedap kejar komisien . Jadilah agen yang bertanggungjawab. Tanya dulu kedudukan gaji dan sebagainya. Siasat latar belakang pelanggan atau kawan kawan korang yang berminat tu. Aku tau , ada yang tak kisah. Asalkan dapat jual dah. Dia boleh bayar atau tak, tu antara dia dengan company! Tamo gitu. Sian kawan kawan kita tu. Bagi nasihat yang sesuai. Jika korang nampak dia tak mampu dari sudut komitmen , maka nasihatkan untuk guna mesin air atau penapis air yang sesuai untuk mereka. Ok ? 

Komitmen.. hurm... Penting ni. Nampak kecik tapi besar sebenarnya. 

You May Also Like

19 comments

  1. Coway baru datang sevis semalam, selepas tempoh pkp yang panjang. Cody yang datang memang geng sbb da 3kali datang servis. So okay la jer

    BalasPadam
  2. Ramai yg komplain berbaloi la dgn harga dia

    BalasPadam
  3. Betul sebelum nak guna penapis air ni pun Marsha calculate siap2 cukup x gaji dan mampu x? Bila dah tolak tambah sana sini pun berani ambil.

    BalasPadam
  4. Setuju. Tapi minum air bersih pun penting, penapis air dah jadi macam keperluan utama dalam setiap rumah. Huda lagi 3 bulan nak habis bayar penapis air. Tak sabar nak habis komitmen bulanan penapis air ni

    BalasPadam
  5. Setuju, memana air penapis pun ok. Janji bekalkan air yang bersih. Bab bulanan tu , dah besar pepandai fikir.
    Tepuk poket sendiri , sendiri buat keputusan. Semua dari diri sendiri.

    BalasPadam
  6. YA BETUL APA2 PUN KALAU MENEGA KENA JUJUR DAN BANTU CUSTOMER SEBAIKNYA

    BalasPadam
  7. Selamatlaah aku pun elok, dari pesen lama, dah tukar pesen baru, cuma hrtu aku nak beli yang ada ais batu, tapi agen aku tak syorkan, sebab mudah rosak katanya...

    BalasPadam
  8. Yanie guna Cuckoo dan agent Cuckoo ..

    BalasPadam
  9. Belum lagi nak guna penapis air ni.

    BalasPadam
  10. belum pasang kat rumah sendiri lagi... tumpang minum kat rumah orang jer. best lah juga sebab dapat sembang lama dengan tuan rumah, cepat jer buat air minum sebab dia tak perlu tunggu masak air panas.

    BalasPadam
  11. Dah pasang kat rumah.bila pindah tambah je lagi satu

    BalasPadam
  12. Kat rumah mil baru pasang coway sminggu lepas. Rumah sendiri belum😅

    BalasPadam
  13. Saya pengguna cuckoo dtg baca nie.. haha.. tak kesahlah pakai jenama apa pun kan janji dtg buat servis..ade mesin air senang nk buat air.. tu jer..

    BalasPadam
  14. Rumah mak sy dh guna coway hampir 8 tahun...tapi mesin yg design baru x elok sangat...tempat putar suhu mudah trcabut Dan bru2 nie siap rumah banjir sebab Kira mcm pelampung x dpt kawal air masuk...setakat nie ok la guna coway...air pun sedap jerrr

    BalasPadam
  15. betul la..so far coway memudahkan. tapi kalau nak pasang ikut bajet poket masing-masing juga..

    BalasPadam
  16. Betul lah tu. Kalau mampu hari ni belum tentu mampu esoknya.

    BalasPadam
  17. Macan2 masalah ye.. Setakat ni tak guna lagi. Masih aguna cara lama

    BalasPadam
  18. Tania Jiksoo Cuckoo8 Jun 2020 pada 1:18 PG

    Setuju sgt.. saya agent Jiksoo & cuckoo.. selama menjadi agent 1st question sy akan tanya bajet Customer dulu. Kita nk cust selesa bab pembayaran dan yg penting Customer dan poketnya dua² puas hati. Komisen besar mana pun, kalau Customer tak puas hati, bermakna kita tak amanah. Itu pendapat saya la.

    BalasPadam