Setelah 3 bulan , aku kembali ke gym ! - BEN ASHAARI

Setelah 3 bulan , aku kembali ke gym !


Dah buka sejak Isnin lepas selepas kerajaan benarkan. Alhamdulillah , kes Covid 19 semakin terkawal dan rakyat pun dah mula biasakan dengan Norma Baru atau New Norm.  Segalanya lebih terasa bersih dan aman ! Hahaha.. 

Di gym.. nak masuk gym , kena ikut SOP yang ditetapkan. Setiap ahli cuma dibenarkan berada dalam gym selama 1 jam 45 minit saja. Pastu gym akan tutup 15 minit sebentar untuk kerja kerja pembersihan. Tapi sebelum masuk tu, kena scan MySejahtera terlebih dahulu dengan diikuti oleh isi form melalui scan code. 



Kalau sebelum PKP , aku boleh gi kul 10 malam punya. Tapi sejak dua menjak ni. asal jam 10 , aku dah mengantuk tahap gaban ! Hahahaha... Faktor usia ? Hahaha.. Tak la.. memang dah ubah jadual sejak akhir akhir ni. Tidur awal tu kan nikmat.. hee..

Di gym.. Buat masa ni tak ramai lagi. Baguslah.. kalau tak , yang datang tu bukan bersenam sangat. Lebih nak melepak jer. Bikin semak gitu ! Dan puas la layan besi. Walaupun masa agak terhad tapi kalau fokus... ok je masa yang diberi tu. Kalau dok main handphone , memang tak cukup la..Hehehe.. 

Pastu kan... Ni part penting. Apakah SOP penggunaan peralatan ? Lepas guna , kena bersihkan ! Aku dapati tak ramai yang buat begitu. Hurm... Apakah mereka sekadar  mengharapkan pihak pengurusan untuk uruskan semua tu ? Dan diorang cuma guna jer ? Apakah mereka yakin ahli gym yang datang tu , memang clear dari sebarang virus ? Hurmm.. 

Aku tak berani amik risiko... Setiap peralatan aku guna , aku bersihkan sebelum dan selepas guna. Biar orang yang guna selepas aku tu lak , yakin dengan tahap kebersihan peralatan. Kan kan ? 



Selesai workout.. Balik umah... Tukar pakaian di luar rumah sebelum masuk. Bersihkan diri dulu di luar ! Hahahaha.. Kasut kasut , memang wife tak kasi masuk. Huhuh.. SOP di rumah. Alhamdulillah... Kita patuhi SOP dan inshaAllah... 

New Norm... segalanya baru walaupun lama. Yang penting , kita semakin pentingkan kebersihan. 

6 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.