Kelebihan beetroot yang bagus untuk korang ! - BEN ASHAARI

Kelebihan beetroot yang bagus untuk korang !

Aku dulu tak suka sayur sayuran. Tapi selepas muka teruk naik jerawat , aku ubah diet aku selepas arwah ayah menasihati aku. Katanya tengok muka dia. Betul , muka arwah tiada parut jerawat pun. Dia memang suka makan sayur dan juga ulam ulaman.

Sejak tu aku cuba belajar makan sayur. Dan bila dah kawin ni , sayur dan ulam wajib ada dalam diet aku setiap hari. Kalau malas nak makan , aku buat jus jer. Ditambah lagi aku ni mudah naik tekanan darah , maka jus sayur sangat membantu. Antara yang yang wajib ada dalam tu ialah celery , beetroot atau ubi bit , epal hijau dan lemon. Sebenarnya korang leh letak je apa pun sayur sayur organik pun pastu wajib ada lemon dan epal hijau. Dua dua ni membantu menghilangkan rasa payau. Kalau tak , memang tak boleh nak minum punya. 

Ok..Apakah kelebihan beetroot ni ? Ramai anggap beetroot ni kandungan dia macam ubi ubi biasa jer.. Hurm.. Bagi aku, semua sayuran ada khasiat tersendiri ! Bagus untuk tubuh badan kita. Sayang tidak manfaatkan semua. Yang penting, sederhana dalam pengambilannya. 

Apakah kelebihan beetroot ? Bila korang google , akan jumpa pelbagai artikal mengenai beetroot ni. Dan di Instagram , kalau korang search beetroot pelbagai menu atau resepi melibatkan beetroot ni diupload ! Perghh.. Best ! 




Kat bawah ni antara menu yang dihasilkan dari beetroot dan dicampur dengan sayuran lain yang berkhasiat. Sejujurnya aku terliur tengok menu sayuran di Instagram tu berbanding masakan masakan viral ! Kenapa ? Cuba korang bayangkan perut korang penuh tapi tidak menyiksakan ? Sedap je nak bergerak. Nak tidur terus pun tak rasa menyesal sebab yang ada dalam perut tu cuma sayuran je ! Haaa.. Ni kalau penuh dengan gula , garam , minyak .. lemak .. nasi.. daging.. pastu nak tidur ? Adoi doi doi.. mencari nahas ! Maksud aku bila makan malam la.. 

Dan paling penting , sayuran begini membantu sistem penghadaman kita. Perlu tahu jika kita bermasalah dengan sistem penghadaman , kanser dijemput hadir ! 





Nah... bawah ni apa yang aku buat dalam minggu n. Kos membeli sayur sayur organik , dibawah RM100. Korang boleh kurangkan kos tu dengan memilih sayuran tertentu saja seperti beetroot + epal hijau + lemon saja. Kalau ada carrot dan tomati , tu bagus. Hehehe..

Yang ni saja aku tak le tak epal hijau sebab nak elak aku abiskan satu malam jer ! Hahaha.. Sedap weh ! Tapi bila takda epal hijau, aku minum ikut jadual. Maka jimat la sedikit.. hehee.. 




Apakah kelebihan beetroot ni ? 

Ubi bit atau beetroot dikatakan mengandungi zat seperti serat , folat ( vitamin B9 ) , mangan , potassium , besi dan vitamin C.  Ubi bit ni bagus untuk merendahkan risiko penyakit jantung , meningkat keupayaan bersenam , membantu dalam proses penyahtoksin , masalah sembelit , untuk wanita hamil juga bagus dan kurangkan risiko masalah mata seperti katarak. Korang boleh baca keterangannya di SINI.

Bab mata ni aku akui sebab sebelum aku amik bit root dalam minggu ni , setiap kali aku nak tengok tv atau menggunakan laptop , aku kena pakai spek ! Nampaknya aku kena amalkan setiap hari la ubi bit ni. Secawan sehari dah memadai ! 

Oh ya.. kalau korang tak nak campur dengan sayur.. korang leh try resepi kat bawah ni. Nampak sangat sedap ! Hahaha.. Aku rasa aku nak try.. Resepi ni korang boleh tengok di Rasa.My


Nak makan sedap.. boleh. Tapi sesekali. Bila korang amalkan jus jus begini , korang akan dapati semua makanan sangat sedap ! Kenapa ? Sebab badan korang dah kurang toksin terutama di lidah tuuu.. Macam aku.. makan pisang pun terasa lain macam punya sedap ! Serius ! Cuba la kalau tak percaya ! 



14 ulasan:

  1. Tak pernah makan ubi bit ni. Nanti nak try lah beli dan buat jus

    BalasPadam
  2. Thanks share ilmu kesihatan. Tak pernah buat sendiri lagi.. sebelum ni beli yang dah siap dlm kotak tu je.

    BalasPadam
  3. Bgs ehh banyak khasiat. Klu nk amalkan Kena study sikit pasal beetroot ni. First time dgr hehe

    BalasPadam
  4. Thanks for info ������

    BalasPadam
  5. Thanks for info 👍👍👍

    BalasPadam
  6. ok ! nanti nak try resepi tu tapi kena beli bahan dulu

    BalasPadam
  7. laaa..ubi rupanya..aishh patut la asyik jerawat je..bkn x nk mkn syur..x jumpa sayur kt mne

    BalasPadam
  8. Wah..blum terdaya nak amalkan jus sahaja

    BalasPadam
  9. Uishh ok boleh try tapi suh org lain minim dulu.. Hehehe

    BalasPadam
  10. Sebab kat sini susah jumpa beetroot dni beli jus dalam botol yang organic kat kat shopee. Hehe

    BalasPadam
  11. Marsha selalu nampak beetroot ni kat mall tp belum pernah cuba..boleh cuba ni

    BalasPadam
  12. Thank you share info. Macam best je beetroot ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.