Ok ke periuk nasi Midea ?

by - Khamis, Jun 11, 2020


Ok kan harga ?

" Bang, nak beli periuk nasi kat Lazada. boleh ? " tanya wife. Aku angguk je la. Takkan tak boleh pulak kan ? Aku tak nak tanya berapa atau jenis apa. Dia lebih arif bab tu berbanding aku. Dia punya penjimatan lebih dasyat dari aku. Hehehe.. Aku main kaut jer berdasarkan jenama. 

Selepas dia membuat pembelian di Lazada , aku terima email pemberitahuan. Aku pun tengok la. Eh, murahnya ? Midea ? Ok la.. Aku ada guna aircond Midea. Tak da buat hal setakat ni. Alhamdulillah. Sebab tu aku tak kisah sangat. Harga pun , dalam RM41 jer. Murah kan ? Boleh la untuk satu famili aku makan, buat masa ni. 2 pot nasi lepas la. Keluarga aku tak makan nasi sangat. Aku sendiri pun sekadar makan untuk hidup jer. Anak anak , tunggu ada ayam baru berselera besar. Tu pun sekadar makan dengan kicap. Sesekali bila ada kari ayam , haaa.. hantunya Qhaliff la. Zahra dan Aariz , hantu mee dan jugak sup. Nasi kurang minat. 

Beberapa hari kemudian..

" Pinnn , pinnnn.."  bunyi hon. Wife dah pesan. Akan ada banyak barang sampai. Tu diaaa aih ! Banyak ! Dan memang banyak laa pun haa.. Amboi, sedap shopping kat Lazada naaaa...




Guna elektrik. Takda lagi kes nasi berkerak dah. Hahaha. Nasi pon sedap je rasa. Alhamdulillah. Sesuai la kalau untuk mereka yang tinggal bujang di luar sana tu. Comel je rupa.

Tunggu apa lagi ? Dah takda lambakan barang di stor Lazada. Hahahaha.. Shopping time ! Masih malas nak gi mall. Kena beratur bagai. Tulis nama.. Hehehe..

You May Also Like

13 comments

  1. Tergoda...mcm nak beli gak ja hahahahha

    BalasPadam
  2. Come he periuk nya. Kalau ada baby sesuai utk masak bubur tu...

    BalasPadam
  3. Comel kecik je size dia, gadget dapur minimalis mcm ni mmg kesukaan ramai ben.

    BalasPadam
  4. wah murah. berbaloi beli barang letrik kat lazada ni

    BalasPadam
  5. dah nak masuk tiga tahun guna periuk ni. Mmeang tahan dan baguslah. pacakaging pun cantik. boleh kata Midea is the best affordable electronics appliance untuk warga bujang ^_^!

    BalasPadam
  6. Barang-barang midea ni not bad. Rumah mak hampir smua gajet letrik guna brand midea.

    BalasPadam
  7. Brand Midea pun ok je. Mudah dijaga sebab ada barang letrik lain kat rumah ni Midea gak

    BalasPadam
  8. patut la ramai guna Midea..murah rupo ehh..not bad..berbaloi

    BalasPadam
  9. Eh periuk dengan tangan ben sama saiz ni...kecik molek rupanya periuk ni

    BalasPadam
  10. Comelnya la.. Utk bujang bolehla kot.. Hehe

    BalasPadam
  11. cukup kee untuk family ? ke utk beben sorang je 1 piyuk tu? hehehe

    BalasPadam