Peraturan dan SOP Gym. Beranikah anda?

by - Jun 14, 2020


Pusat kesihatan atau fitness bakal beroperasi esok , seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan Malaysia. Satu penantian yang menyiksakan bagi kaki gym. Begitu juga dengan aktiviti kesihatan indoor seperti zumba dan sebagainya. Semua akan bermula esok. 

Tapi..

Masih ada yang tak yakin ! Boleh ke ? Benar benar selamat ke ? Betul ke owner gym dah sedia untuk ikut SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan ? Apakah pengguna nanti akan juga ikut ? Bagaimana mereka nak pastikan pengguna ikut ? 

Fuh... 

Persoalan yang bermain di dalam kepala. Sedangkan bila main besi pun tak reti nak simpan balik dumbell dumbell tu.. ni kan pulak nak suh bersihkan menda alah tu ? Huhuhu... Kan kan ? 

Tapi tu dulu. Kali ni aku yakin , yang datang tu nanti adalah mereka yang dah bersedia untuk ikut SOP yang 'wajib' dipatuhi atau pusat gym tu dengan kau kau sekali kena 'tutup' ! Nak ? Haaa.. mestilah tak nak kan ? Letih dah ternak lemak.. kan kan ? 

Di Bodywoshop Gym , Bandar Baru Nilai.. mereka dah bersedia ! Ni yang aku nak dari dulu. Tak perlu duduk lama lama dalam gym  tu. Berkumpul melepak dan sebagainya. Datang , workout dan blah ! Orang lain nak guna gak. Buat semak je dalam tu ! Huhuhuh.. 



Sejujurnya, berdasarkan dari gambar ni , aku yakin mereka serius dalam menangani masalah virus Covid 19. Cukuplah 3 bulan mereka tak dapat beroperasi. Pastinya kali ni mereka akan uruskan dengan baik. Dan yang datang tu adalah pengguna pengguna yang benar benar cintai kesihatan. Bukan sekadar datang nak melepak bagai ! Kan kan ?

Bagi yang tinggal di Nilai atau Sepang , mencari gym.. boleh ke sini ! 


   

Dari video ni , korang yakin tak nak datang gym ni ? Gym lain aku tak tau la camana la kan ? Tapi gym ni.. aku yakin tahap kebersihan dia. Memang terjaga la.. Tu sebelum ni. Dengan masalah sekarang , aku lagi yakin mereka benar benar menjaga 'aset' mereka ni. Periuk nasi kot ? Takkan nak biar mcm sekali lagi ditutup. Mau bankrupt terus weh !

Amacam ? Berani ?







You May Also Like

9 comments

  1. Nak taknak memng kene bersihkan dn ikut sop.. Dh pakai mintak letak satu tempat khas utk sani

    BalasPadam
  2. Betul kena urus dengan baik sebabnya ada kes yang tidak bergejala sebab tu better amik precaution lebih

    BalasPadam
  3. Ikut sop insyaaAllah, semuanya baik-baik

    BalasPadam
  4. betul tu..risau jugak.kena tgk tempat yg pentingkan kebersihan

    BalasPadam
  5. Workout kat rumah pun malas, apatah lagi nak ke gym.

    BalasPadam