Kalau BUMI boleh , kenapa tidak manusia ?

by - Jumaat, Jun 05, 2020

Fuh.. dah masuk bulan JUN. Rasanya dari tahun lepas , aku dah tinggalkan apa yang aku amalkan sebelum sebelum ni. Apa tu ??? Detox ! Ahaaa.. bab ni payah skit la ye. Dalam dunia fitness ni , ada banyak mazhab atau pegangan. Hahaha.. Ada yang tak percaya bab detox ni. Dia lebih percaya senam adalah detox terbaik. Betul.. aku pun setuju tapi detox melalui pemakanan juga penting ! Haaa.. 

Kita amik contoh.. Covid 19 ni... Ramai nampak buruk Covid 19 ni tapi kebaikannya ??? Banyakk woo.. Tengok saja apa jadi dengan bumi ketika penduduknya duduk diam di dalam rumah ?? Haaa , kita nampak perubahan pada bumi kan ? Segalanya melibatkan alam sekitar dan juga kebersihan. 

Nah begitu juga tubuh badan kita. Sebab tu dalam setahun , sebulan kita kena berpuasa. Membersihkan organ dalaman dan juga hati kita. 11 bulan dikotori , sebulan kasi cuci. Tu pun susah nak bersih , kan ? Kenapa ? Ketika berbuka.. kita makan macam macam. Walhal organ baru nak berehat. Maka dia tak berehat sepenuhnya..  Puasa sunat 2 kali seminggu pun gitu gak.. Bila berbuka , makanan dia.. hurm... tak ikut SOP yang disarankan.

Maka inilah yang aku buat. Aku belajar ketika di Phuket pada tahun 2016. The LifeCo Phuket memang kasi bukak mata aku betapa mendetoxkan diri ni sangatlah penting. Cara tak susah pun. Ada yang ingat mati laaa tak dapat makan ! Walhal bukan lama pun.. 3-4 hari je dalam setahun atau kalau rajin setengah tahun sekali kena buat.. 2 kali setahun la maknanya tapi hasilnya.. fuh gempak ! 






Mendetoxkan badan cara aku ni mudah je.. Aku cari sayuran hijau jer.. Kemudian aku blend. Perah dengan lemon pastu simpan. Minum setiap pagi , tengahari dan malam. Jangan makan nasi , makanan proses mahupun apa juga makanan berdaging merah atau putih. Hanya boleh minum air sayur tu jer..Kalau lapar , makan salad . Dressing pun kena dari sayur. Jangan sesekali ada garam gula ! Jika ada , detox anda dikira gagal ! 

Dan aku buat satu lagi jus campuran untuk menurunkan tekanan darah tinggi aku. Camana aku tau tekanan darah aku naik ? Bila aku pandang skrin , mata aku kabur. Kena pakai spek baru nampak ! Nah , maknanya tekanan darah naik. Bila aku minum jus ni, terasa sangatlah segar dan kepala otak pun sangat fresh. Ibarat kereta dimasukkan petrol RON97 gitu. 

Air yang aku buat tu , cukup untuk 3 hari. Esok nak pergi ke Cyberjaya. Kat sana ada mall yang mana ada jual sayuran organik yang segar segar dari ladang. Terus tenang , kos untuk detox ni agak tinggi tapi berbaloi. Jika korang dah berumur 40 tahun ke atas , dah tiba masa untuk amalkan semua ni. Takkan nak makan ubat ubat doktor je  walhal Allah dah sediakan ubat untuk tubuh badan kita ni. Mati memang akan mati tapi takkan semudah tu nak mati seperti robot dicabut bateri, kan ? 

You May Also Like

16 comments

  1. tak pernah buat detox sbb mcm tak sedap je..hahaa

    BalasPadam
  2. Detox hardcore 3-4 hari gini belum pernah buat. Biasa detox air lemon halia timun sayur tapi idok direct 3 hari whole day.

    Jap! Kena cari semangat. HEheee

    BalasPadam
  3. Best detox ni ..badan terasa ringan. Masa raya ni pemakanan semua nak kena jaga sebab banyak sangat yang manis..

    BalasPadam
  4. Detox dgn air teh atau lemon aje
    Tak rajin pula nak buay gitu.

    BalasPadam
  5. Terbaik bro,yang penting kena rajin,mcm saya memang malas nak buat

    BalasPadam
  6. detox mmg bagus untuk kesihatan... sesekali tubuh badan kita mmg perlukan detox ini

    BalasPadam
  7. Boleh cuba..tapi belum ada kekuatan nak buat .

    BalasPadam
  8. Susahnya nak tinggalkan garam and gula. At least sikit kena amik juga.

    BalasPadam
  9. Pergh.. haha sy selalu buat campuran apple hijau dgn callery..tp tu la kira gagal jugak sebb consume je garam.. tp sekrg stick dgn suku² separuh

    BalasPadam
  10. Xpernah buat detox cme mnuma air teh hijau tanpa gula jer

    BalasPadam
  11. sha pun pernah try nak berdetox ni. tapi rajinnya sekali jelah 😂 lepas tu liat nak buat lepas tu tinggal terus

    BalasPadam
  12. Betul tu aben. Cx pon detox guna sayuran dan pemakanan. Pastu air masak byk².

    BalasPadam