Kat mana best menginap di Pulau Tioman ? - BEN ASHAARI

Kat mana best menginap di Pulau Tioman ?

Alhamdulillah... Dapat gak bercuti sambil bekerja tahun ni. Huhuh.. Ingatkan kena duduk umah sampai hujung tahun tapi ada juga rezeki gi melancong dalam negara.. Jadilah ! Dapat gak tenangkan fikiran sambil mencari produk produk pelancongon dalam negara untuk diketengahkan. 

Ok...Di Pulau Tioman , aku memilih sekali lagi untuk menginap di Salang atau Kg,Salang. Dikatakan sini memang menarik untuk mereka yang ingin santai dan bermain pantai. Sesuai untuk mereka yang bawa anak anak. Dan aku tak nafikan sebab pantai dia memang landai dan kanak kanak pasti teruja nak bermain air.

Ada banyak pilihan penginapan di Pulau Tioman ni. Segalanya bergantung pada bajet korang. Hehehhe.. 



Ok.. pengalaman aku , dua kali turun ke Pulau Tioman. Yang kedua ni lebih suka sebab baru lepas PKP. Semua orang tau , dunia kembali bersih selepas manusia 'dikurung' seketika. Dan laut kembali jernih termasuk juga sungai. Kan kan ?

Sepanjang 3 hari kat sana , ada dua resort di Kg. Salang yang menarik perhatian aku. Satu Puteri Salang Inn yang mana aku menginap. Boleh berbbq jika datang keluarga besar. Tapi kena mintak la. Dan juga berhati hati sebab banyak kera menunggu masa untuk mencurik makanan korang ! Hahahaha.. Tapi seronok la kalau boleh masak sendiri. 





Yang kedua..  Salang Indah. Yang ni , resort dia sesuai untuk keluarga yang tak biasa tidur di chalet chalet kayu.  Heehehee.. Korang boleh tengok di Facebook Salang Indah. Gambar gambar dan lokasi rumah penginapan yang ada..

Kat sini, bagi aku memang best kalau ada anak anak. Dekat ngan pantai dan rumah dia pun nampak lebih selesa. Jika mereka yang pentingkan keselesaan ala ala hotel, bagi aku sini ok. Dan restoran dekat jer. Sebelah ! Hahaha.. Banyak makanan ada.. Cuma harga tu je la.. Hehehe.. Faham faham la. Pulau kan.. 








Untuk ke sini , ha... korang kena tau pukul berapa feri bertolak. Dapatkan tiket terlebih dahulu. Booking sekali dengan resort pilihan korang. Pastu gi amik tiket ketika sampai di Jeti Mersing. Ok , buat masa ni.. feri cuma ada sebelah pagi je. Jam 11 tau. Pagi !! Kalau terlepas , korang kena tunggu esok lak. Hahaha.. Lepas PKP aku tak pasti.  

Dan perjalanan ke Mersing ni , kalau korang tolak malam hari selepas 12 tengah malam tu, agak sunyi.. Maka pandai pandai la atur perjalanan. Tempat letak kereta , ada banyak kat jeti.  Harga , RM15 sehari. 

Aktiviti di Pulau Tioman... ada banyak ! Hehehehe... Selamat Bercuti. Dan pastikan ikut SOP. Face mask dan sanitize tangan tu sentiasa. 

9 ulasan:

  1. wah bestnya, tapi next year..tahun ni banyak ke utara sahaja

    BalasPadam
  2. Memng menarik tengok tempatnya. Air pun bersih je

    BalasPadam
  3. Nak jawab man best tak tau, sebab pengalaman pergi Tioman, aku stay kat Sun Beach tu..so far ookay laa juga siap pakej semua..paling best bbq time malam..

    BalasPadam
  4. Salam,
    Memang best pergi Tioman. Lepas PKP pulak tu, mesti nampak lagi elok. Tapi, pelik, takde gambar biawak ke kat Salang tu? Kali terakhir pergi Salang, biawak banyak lagi bersidai. Hahahah

    BalasPadam
  5. bestnya pergi pulau tioman, saya tak pernah pergi lagi

    BalasPadam
  6. Thank you share aben. Tak onah gi tioman lagi. Boleh masuk list ni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.