Beras Jasmine BioRice ni bikin aku giler betul la !

by - Khamis, Julai 02, 2020

Dah dua minggu aku elak sedaya upaya untuk makan nasi. Yer, tu je cara terbaik aku untuk turunkan berat badan dan hilangkan boroi aku ! Nasi !! Dan sejujurnya aku suka makan nasi. Sapa tak suka kan ? Hahahaa.. Gile la tak suka. Bagi yang boleh kawal , bagus la. Yang tak boleh ? Macam aku ? Ditambah lagi bila ada lauk pauk yang cukup menyelerakan ! Hancur.. Tersadai weh !!








Ok.. Baru baru ni , aku ke Pulau Tioman dengan geng aku. Kat sana , diorang masak ! Buat pertama kali aku join trip , diorang masak untuk sarapan , makan tengahari dan makan malam. Giler sedap la wehh ! Walaupun simple, tapi cukup menyelerakan betul.  Siap berbbq lagi wehhh ! Jimat dah satu hal.. puashati hal lagi satu hal ! Maka keluar dari pulau tu , dengan memori indah ! Hahahah.. 

Aku yang tengah sekat nasi pun gagal tahan nafsu. Tu pun dipaksa berkali kali suruh makan oleh sahabat aku , Mr.Nash.  Lauk diorang memang menyelerakan. Cuma ketika aku sentuh nasi tu, aku rasa cam.. apasal lain eh ? Nasi dia terlerai dengan mudah gitu jer.. sebutir sebutir ! Ibarat dia dah dikukus begitu. 

Pastu aku try makan. Eh ??? Macam tak makan apa apa ! Hahahaha.. Kemudian aku diberitahu akan kelebihan beras yang diorang bawak malam tu.  Dan aku buat pertama kali mengetahui akan keunikkan beras tu.. Terus hilang rasa bersalah aku ! Hahahaha.. Lalu aku makan 2-3 kali tanpa rasa bersalah. Hahahaha.. 

Menariknya.. lepas makan , aku tak rasa mengah pun. Kemudian , perut tak rasa cam boroi . Pastu mengantuk pun tidak. Dan paling menarik , awal awal pagi dah sakit perut ! Haaa, kasi clear semua yang aku makan tu. Puncanya ialah kandungan fiber pada beras tu yang kasi lawas perut. Ini sudah sangat bagus ! 



Terus aku snap gambar dan hantar pada wife. Bagitau dia yang aku nak cari beras ni nanti bila balik Sepang. Dia hantar emoji muka sindir ! Hahahaha.. Nanti je cita la. Dia ngan Qhaliff asik perli aku jer kat sana. Asik makan tapi kat rumah tak nak makan ! Hahahaha... 

Dan di Aeon Nilai semalam , aku cari beras ni.. tak jumpa ! Adehhh... Jenuh nak mencari lak. Aku try google search.. di Happy Market ada jual secara online tapi area KL jer. Dia ada maklumkan di beberapa mall di KL ada menjualnya.. Hurm...


Nampak gayanya.. kena cari gak la. Satu kampit tu dalam RM16 (online) . Harga kat pasaraya , aku tak pasti. Nanti aku usha...

You May Also Like

3 comments