Uncle tu suruh minum banyak air sebab... - BEN ASHAARI

Uncle tu suruh minum banyak air sebab...

Lama dah nak cari boleh tarik angin kat badan aku ni. Mungkin ada yang percaya atau tak. Tapi aku percaya jer. Hahaha.. Sebab bila aku urut wife, aku banyak keluar angin. Walhal sebelum tu , elok je aku haaa.. Bila dah main dengan angin badan ni , memang boleh bikin hangin weh ! Hahahaa... 

Di Hotel Star-Well , Lipis... ketika tu aku dan rakan blogger sedang dalam perjalanan nak masuk ke dalam hotel selepas membedal ayam Marry Brown ( sedap weh ! ).. terdengar suara cam pelik semacam jer ! Aku pun gi jejak la dari mana datangnya bunyi tu..

Rupanya.. rakan FAM Trip aku sedang urut kaki dan tukang urut tu dok belahak angin ! Pergh.. aku tengok dia derita semacam je kena urut. Hahaha.. Tapi syok ! Terus aku tanya harga dan kaedah serta kelebihan cara urut dia tu.. 

Berpengalaman lebih 20 tahun. Cara urut bukan jenis berulang kali. Tapi kesannya memang power la... Kuat sungguh tangan dia. Dan kawan tu bukan orang pertama... rasanya malam tu saja dekat 10-15 orang la dia urut ! Rasa aku la.. tapi ramai laaa yang aku perasan. 

Giliran aku.. kat dalam bilik. Aku nak satu badan. tak payah bukak seluar pun ! Bukan nak urut batin haaa ! Hahahahaha... Dia urut bahagian keting , jari pastu belakang badan , kepala dan lengan. 


Masa dia urut kaki tu... terus dia cakap kat aku yang aku ni kurang air ! Alamak ! Mana dia tau ! Memang aku kurang minum air masak walaupun nampak macam banyak minum tapi tak cukup sebenarnya untuk kandungan badan. Aku  banyak minum air protein kot... dan pre workout. Huhuh... 

Dia kata aku kena minum paling sedikit 2 botol air bersize 2L tu haa... Memang dulu aku rajin minum banyak tu tapi sejak berkenalan dengan pre workout ni , aku dah tak bawak air suam ke gym. Kesannya ? Aku boleh rasa sakit di bahagian kepala. Bukan berdenyut tapi... sentuh skit pun sakit ! Tapi tak la sakit giler.. Bila urut kepala tu , terasa la lega.. Gitu laahh..

Lepas dia urut tu.. kaki memang ringan dan kepala pun sedap jer.. Hilang stress dan penat.. Harga .RM100 jer.. Dan sejak tu , aku minum air suam jer.. Banyak banyak banyak ! Huhuh.. 


Ternyata ada perubahan ketara ! Aduh.. patut la pelik apasal aku boroi semacam jer.. Bila banyak minum air , asyik nak membuang jer.. Kecil atau besar.. Terasa puas sekarang .. lega perut aku ! Dan ringan lepas amalkan banyak minum air suam. Perut pun tak kembung macam orang masuk angin ! Hahahhaa.. 

Patutlah orang gemuk yg dah kurus kata.. Kalau nak kurus, banyakkan minum air suam jer.. Banyak banyakkk.. Setiap hari! 

Korang percaya atau tidak.. terpulang ! Kenali badan sendiri.. dan amik tindakan ! 

3 ulasan:

  1. baik saya minum air lepas ni.

    BalasPadam
  2. Minum pada kadar secukupnya seperti yang badan perlukan.

    BalasPadam
  3. boss ammi pun antara cara dia buat untuk kecilkan size dia selain workout dan jaga makan ialah minum air suam. dari 130kg sekarang dah 100. Berat dia mmg takleh kurang sbb dia punya height dalam 6'2" gitu..tp nampak ketara sangat berubah size badan

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.