Kluster Novgorod di Melaka , merisaukan aku !

by - Selasa, Julai 14, 2020

Sewaktu wife bagitau aku mengenai kluster terbaru ni , aku jawab.. tu mesti fake punya news sebab aku baru tengok di Telegram MKN dan KKM.. takda nyatakan pasal kluster baru dan kes hari ni pun sikit jer. Tapi sebenarnya , aku tak baca abis lagi pun kenyataan sebab waktu tu , tak keluar lagi kenyataan penuh. Sekadar tengok di graf jer.. 

Kemudian dia forwardkan mesej yang dia dapat. Aku cam.. Hurm.. Terus bukak Facebook dan cari sumber asal. 


Tarik nafas dalam dalam. Satu kapal. Beberapa orang dah dijangkiti. Awal awal ada yang negatif. Beberapa hari , baru ada gejala dan dah menjangkiti beberapa orang. Ahli keluarga. Siap gi sambut kat airport ! Aduhhh... Geleng kepala aku ! Bukan ke patut sorang je gi sambut pastu balik rumah kuarantin je ? Ok ok.. aku tak tau cerita penuh. Tak perlu buat tanggapan sendiri ! 

Kalau ikut pemikiran aku yang tak tau apa apa ni , tertanya kenapa tak teruskan je kuarantin di hotel tetapi mereka tanggung sendiri. Mungkin dengan setengah harga ? Seminggu dah cukup ? Asalkan duduk berasingan dulu. Ni tengok... dah tak pasal pasal si ayah kena ! Kesian lahai... 

Tak leh bayangkan 14 kontak rapat tu , positif ! Dan mereka dah pun ke sana sini ! Aduhai.... Jenuh nak kena PKP sepenuhnya sekali lagi. Mereka yang baru pulang dari Russia ni diletakkan di bawah Kluster PUI Novgorod. Harapnya kluster ni tak serius. 

Semoga Allah lindungi Malaysia. Teruskan amal SOP. Pakai face mask dan cuci tangan senantiasa. Jangan lupa amalkan penjarakan sosial. Kita belum merdeka ! 

You May Also Like

7 comments

  1. MasyaAllah.. ada kluster baru lagi ye.

    BalasPadam
  2. MasyaAllah.. ada kluster baru lagi ye.

    BalasPadam
  3. InshaAllah. Kita jaga kita..stay safe.

    BalasPadam
  4. Aduhai. Ini ke kluster baru. Risaunya.

    BalasPadam
  5. Aduh... Benda sama yang saya fikirkan... Kenapa perlu sambut bagai... Sekarang ni kita dalam keadaan pemulihan... Kenalah berjaga-jaga kannnnn... Ni, yang tak pakai mask, berkumpul di sana di sini pun ramai... Semoga Allah lindungi rakyat dan negara kita..

    BalasPadam
  6. Semoga cepatlah covid-19 ni berlalu

    BalasPadam