Tadika Zahra dah dibuka tapi kenapa dia masih belum pergi ?

by - Rabu, Julai 15, 2020

Alhamdulillah, tadika dan sekolah dah pun dibuka. Lega mak ayah yang bekerja ni. Kalau tak , serabut dok pikir mana nak letak anak anak ni.. kan ? Tapi pada masa yang sama, risau tu memang ada. Apakah anak anak akan ikut SOP ? Apakah cikgu cikgu di tadika atau sekolah , benar benar tegas ikut SOP ? 

Kalau korang tanya aku.. kita jangan harapkan pada cikgu cikgu semata mata. Kita kena didik anak anak kita mengenai Covid 19 dan perlunya mereka ikut peraturan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka dah kena biasakan diri. 

Dan bagi aku , ini satu perkembangan yang bagus. Bukan apa... kita tengok sebelum sebelum ni.. anak anak kita ke sekolah dengan sihatnya , balik rumah.. tiba tiba selsema.. batuk dan demam ! Berjangkit dengan rakan rakan sebaya mereka di sekolah ! Ada mak ayah yang tetap antar anak anak mereka ke sekolah walaupun tahu anak mereka tak sihat ! Ini yang bermasalah ! 

Tapi sekarang, tak lagi. Yang tak sihat.. awal awal lagi duduk rumah ! Jangan gi sekolah ! Kan ? Haa.. dan aktiviti aktiviti di sekolah pun masih lagi dihadkan. Perlahan lahan untuk diaktifkan semula. InshaAllah. 

Cuma bila aku baca di Facebook posting melibatkan Covid 19 ni, ada ibu bapa yang masih pertikaikan bab pembukaan sekolah ni. Katanya belum menyakinkan lagi untuk mereka hantar anak anak ke sekolah. Nak yakin bagaimana ? Pakai pakaian cam gi angkasa lepas baru ok ? Huhuh... 

Aku ? Apakah Zahra dah kembali ke tadika ? Buat masa ni , aku tak hantar lagi Zahra ke tadika. Kenapa ? Aku beri peluang pada ibu bapa yang bekerja sepenuh masa untuk mereka hantar anak anak mereka terlebih dahulu dan biarkan pihak pengusaha tadika dan cikgu , boleh uruskan dengan baik pelajar pelajar.. Biar berperingkat peringkat. Bila mereka dah selesa dan tenang, baru aku antar. Rasanya lepas raya aku hantar si Zahra kembali ke tadika walaupun dia dah sibuk dok mintak nak gi tadika. Boring la tu duduk rumah. Huhuh..


Pembelajaran online bersama cikgu Tadika Arina sebelum tadika dibenarkan beroperasi

Tadika Arina di Putrajaya 

Aku rasa dengan Norma Baru sekarang , anak anak di sekolah atau tadika akan lebih sihat dan terurus. Dan ibu bapa yang tidak yakin lagi tu , tak pe... jangan hantar lagi. Tunggu ada vaksin atau dah yakin , hantar la anak anak tu yer.. 

Cuma aku harap... semua pihak teruskan ikut SOP untuk pastikan kita semua selamat. Nak tak nak , kena ikut ! Atau kita kena duduk di rumah untuk satu jangka masa yang lebih lama lagi. Dan jika ini berlaku , kita semua akan kerugian.. 

You May Also Like

7 comments

  1. un terus berhentikan si kakak, wpun sekolah dah buka. jadi esok kalau un kerja pun hntr ke rumahg pengasuh ja

    BalasPadam
  2. nak tak nak mmg dh kena hidup norma baru insyaAllah semoga slmt sumenya

    BalasPadam
  3. yaa teruskan jaga SOP yg pihak sekolah tetapkan .. keep remind anak2. takut? semua orang takut tapi inilah new norma masa kini yg kita kena hadap

    BalasPadam
  4. Betul.. Didik anak juga.. Alhamdulillah, sop berjalan dengan baik

    BalasPadam
  5. betul tu..insyaallah kita doakan yg baik2 sahaja,,#kitajagakita

    BalasPadam