Kenapa perlu dibenarkan penjualan makanan makanan ini ?

by - Rabu, Julai 15, 2020


Pernah satu ketika , aku terbaca pandangan seorang kenalan di grup whatsapp.. Katanya , Malaysia ni dijadikan hub 'pembuangan' makanan makanan yang tidak sihat ! Banyak negara negara maju yang tidak benarkan makanan makanan 'sampah' ini masuk ke dalam negara mereka. Aku tak pasti pulak negara mana.. Cuma aku tak menafikan kata katanya.. 

Kenapa ?? 

Bila kita pergi ke pasaraya.. kedai runcit.. makanan makanan begini banyak dijual. Bukan tu jer , restoran makanan segera juga berkembang dengan majunya. Yelah , aku tak la salahkan pengusaha pengusaha ni. Bila ada permintaan , mestilah ada penawaran. Kan kan?  Segalanya terletak pada tangan kita sendiri. 

Cuma ada yang tanya.. kenapa kerajaan benarkan semua ini dijual walhal ada je kempen kempen kesihaan dari jabatan kerajaan ? Hurm... yelah , kalau tak dibenarkan jual.. nanti ada pulak yang seludup masuk. Haih.. macam macam.. 

Bukan apa.. aku kesian tengok anak anak kita. Zaman aku kanak kanak dulu, makanan sampah ni tak banyak walaupun ada je jual. Mak bapak memang larang walaupun mereka beli sesekali. SESEKALI! Tapi yang apa yang berlaku sekarang ada mak bapak yang beli hari hari untuk anak dia. Alasan , tak sempat nak masak. 

Hurm... 

Anak anak menjadi obes. Dan jangan lupa , makanan adalah punca kepada kanser !  Memang sedap makanan makanan sampah ni tapi sedap inilah racun buat diri kita ! Mungkin ada yang tak kisah.. Semua orang mati ! Serius betul ! Tapi apakah kita nak menderita sakit dulu sebelum mati ? Kalau terus mati , senang cite ! Ni tak... sakit sana sini... organ sana sini problem.. Kos perubatan satu hal lagi ! 

Bagi aku, nak makan tu..sebulan sekali ok la.. Tapi kalau seminggu 2-3 kali tu , ada masalah tu ! Lebih baik kita kaji semula rutin kehidupan kita. Bersenam tu betul dah.. tapi pemakanan seimbang tu camana lak ? Cukup sayur ? Buah ? Anak anak kita tak nak makan , kan ? Sebab diorang dah rasa bahan perasa makanan tiruan. Tu pasal liat dah nak makan semua tu. 

Tak pe.. kita sama sama mulakan kembali perbetulkan perjalanan hidup kita... Mula mula , kosongkan peti sejuk dan almari makanan kita  daripada makanan yang tidak sihat seperti makanan segera, minuman berkarbonat, dan makanan-makanan tinggi kalori (coklat, ais krim).

Kemudian , gantikan keinginan anda untuk 'snacking' daripada makan kentang goreng dan keropok kepada pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan, oat dan roti atau biskut 'wholegrain'. Di pasaraya tu ada je banyak makanan sihat yang dijual. Tak nak beli, buat sendiri ! 

Anak anak tak nak makan ? Jangan risau.. biar jer. Bila diorang lapar sangat , masa tu diorang takda pilihan. Kita kena bertegas tapi lakukan perlahan lahan.. InshaAllah boleh diubah. Tunjuk video atau gambar gambar kesan dari pengambilan makanan yang tidak sihat. Semua ini menakutkan mereka. 

Oh ya... elakkan aktiviti duduk atas kerusi dan abiskan masa dengan menonton tv atau bermain gajet dengan terlalu lama. Hadkan aktiviti aktiviti begini.


Dan hujung minggu , ajak keluarga kita gi bersenam. Percayalah.. bila mereka besar nanti , mereka akan berterima kasih pada kita kerana besarkan mereka dalam kehidupan yang sihat dan bahagia !

Nak harap pada kerajaan untuk lakukan semua ini , memang tak terdaya la. Semuanya berlaku disebabkan ada permintaan dari kita ! Maka , kita jangan dah minta ! Kita sama sama tolak. 

You May Also Like

7 comments

  1. Budak2 memang suka makanan ni, jadi ibubapa perlu main peranan

    BalasPadam
  2. saya buat sosej sendiri, guna ayam ori. sesekali tak sempat, barulah beli sosej yg dikedai..tapi jrg lah. betul satu hari nnt pasti anak sedar akan kebaikkannya

    BalasPadam
  3. Ibu bapa kena memainkan peranan untuk didik anak²

    BalasPadam
  4. setuju. amalan pemakanan junk food nie boleh cuma tak boleh lah kerap sesekali okey. mulakan didik anak dr rumah.

    BalasPadam
  5. sosej memang tinggi garam. terasa masinnya especially kalau bergoreng.

    BalasPadam
  6. Makanan ni mmg sedp.. Tapi kene kawal

    BalasPadam
  7. sebenar banyak lagi yg kfc , mcd dan seangkatannya ,,maaf cakap sila lihat siapa yg ramai pembelinya

    BalasPadam