Korang matikan aircond kereta tak sebelum matikan enjin ?

by - Isnin, Julai 13, 2020


Baru-baru ni , aku mintak kawan aku tolong servis kereta Livina aku. Malas dah nak antar Tan Chong Motor selepas kes terbaru ni. Kes apa ? Radiotor aku pecah.. pastu antar la situ. Diorang punya kerja , mendukacitakan aku. Takda la pun nak tolong bersihkan serpihan serpihan air yang terkena enjin tu.. Haih... takat tukar terus jer . Dasar kedekut taik hidung tul... 

Aku mintak kawan aku... dia ni serba boleh la. Rumah aku punya elektrik dan masalah air pun dia yang buat. Hahaha.. Ok la kan ? Ni pun salah satu cara aku sedekah... dengan bagi kawan kawan job. Dan setiap apa dia buat , aku tak pernah mintak diskaun pun. Aku tanya berapa harga. Pastu baru kaw tim on ke tak on. 

Livina aku ni dah masuk 7 tahun. Aircond pun dah problem. Aku dah riki riki harga sebelum ni. Semua harga gempak la.. Berdarah telinga dengar harga.. Terpaksa hold la jap.  Masa tanya kat Tan Chong tu pun , staff dia bisik je.. suh gi buat luar ! Hahaha.. Mahai woiiii ! 

Dan tiba masa.. kawan aku amik kereta dari rumah aku pastu buat segalanya. Dan malam tu, siap ! Dia hantar balik kereta dengan cun nya ! Siap cuci enjin lagi. Aircond pun dia buatkan. Aku cuma keluarkan duit jer.. Hehehe.... Alhamdulillah.. Sekali servis kereta la. Tukar beberapa barang yang dah expired. Baru cun weh ! 

Bab aircond tu.. aku perasan masa dia pulangkan kereta pada aku.. semua knob aircond kereta aku tu di kedudukan 0 ! Hurmm.... kenapa begitu ? Biasanya aku biar je aircond tu di kedudukan terakhir aku guna... 

Gambar Hiasan

Esoknya , aku hidupkan enjin.. Lembut je bunyi. Dan aku memandu ke gym.. Siap workout.. aku kembali ke kereta dan hidupkan enjin. Ketika ni , ada keluar bunyi yang tak sedap tu... 

" Screettt.."  

Lebih kurang gitu la. Aku tak suka bunyi ni ! Hahahaha.. Aku terfikir. Apasal bunyi gitu ? Aku tengok knob aircond. Aku off aircond.  Pastu aku hidupkan enjin. Dan bunyi tu tak keluar ! Wahhhh.. itu puncanya ! 

Bila aku cerita kat wife aku.. aku kasi tips tu.. dia kata.. 

" Lama dah orang buat.. Baru sedar ke ? " jawab dia.

Adeh.. aku je ke yang tak tau kena matikan aircond sebelum matikan enjin kereta ???? Ini antara tips untuk kasi aircond kereta kita tahan lama... sama seperti aircond rumah kita. Matikan dulu sebelum tutup suiz ! 

You May Also Like

2 comments

  1. MMG biasa matikan..org servis kereta pun pernah pesan .tp ada juga bijak pandai kata xyah matikan.. pun boleh tahan lama...hehe. so, raikan je lah pendapat org lain hahaha

    BalasPadam